Sunday, March 6, 2016

QIAMMULLAIL WAJIB PELAJAR DARUL QURAN: satu permulaan mencantikkan akhlak

Bismillahirrahmanirrahim...dengan segala kehebatan dan kekuasaan Allah,dapat lagi admin menulis..

HQ Darul Quran,4-5 March 2015 - Satu program qiammullail telah diadakan di Kafa Darul Quran pada hari jumaat hingga sabtu baru-baru ini. Program bertujuan mendidik anak-anak tentang betapa pentingnya qiammullail ini dihadiri seramai 40 orang pelajar dan dikendali kan sendiri oleh 2 orang guru yang berpengalaman menguruskan pelbagai aktiviti dan program untuk pelajar.

   Antara elemen yang diterapkan kepada para pelajar ialah,pentingnya menjadi anak yang soleh,apa ertinya serius dengan Tuhan,perkara-perkara sunat dalam melakukan qiammullail dan lain-lain.

  Selain itu diselitkan juga pelbagai game yang menarik yang menjurus kearah pengisian modul.

  Program yang tamat pada sabtu jam 9.00 pagi itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu-bapa.

  Terima Kasih kepada para penyumbang yang sudi menyumbangkan makanan dan minuman. Kami berharap program seperti ini akan mendapat sambutan yang lebih hangat lagi dari ibu bapa demi menjayakan generasi pencinta Allah dan Rasul.

  Untuk gambar-gambar aktiviti,bolehlah melawat facebook page Kafa Darul Quran.

Friday, October 16, 2015

BENGKEL JAWI: tamat dengan jayanya

Bismillah..dengan rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambanya,ILC sekali lagi telah muncul dicelah masyarakat dengan program BENGKEL JAWI khas untuk anak-anak sekitar pahang.

  Bengkel yang telah berjaya menarik seramai 56 orang peserta itu telah berlangsung pada 3/10 baru-baru ini.

  Antara matlamat bengkel ini diadakan ialah bagi mendedahkan ejaan-ejaan terbaru tulisan jawi masa kini,teknik ejaan pantas,dan lain-lain.

  Penyampaian yang disampaikan oleh Ust Zamri As-sudani yang berpengalaman sebagai penyusun modul kaedah Tulisan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka,serta merupakan jurulatih tulisan jawi bagi KAFA dan SAR selangor itu,banyak memberikan manfaat kepada peserta bengkel.

  Selain itu,peserta bengkel juga dapat menikmati aiskrim kifayah secara percuma yang dijamin halal dan lazat.

Program tamat pada jam 1.00 tengah hari.

In shaa Allah,ILC akan mengadakan satu lagi program untuk warga kuantan. Nantikan....