Saturday, May 28, 2016

Oh My Arabic!! Meriah.

Alhamdulillah....dengan izin dan rahmat Allah.... ILC sekali lagi telah berjaya menganjurkan program Oh My Arabic! Yang berlangsung pada 28 mei sabtu baru-baru ini.

  Seramai 50 peserta dari seluruh kuantan telah menyertai program ini yang bermula pada jam 9 pagi hingga 1 tengah hari. Muallim Zamri selaku penceramah dan moderetor program ini telah membawa keseronokan kepada para peserta untuk mempelajari bahasa arab,dan menuturkannya....

Tahniah diucapkan kepada para peserta Oh My Arabic!..semoga terus sukses dan istiqamah dalam menuturkan bahasa yang indah ini..

   In Shaa Allah....di lain masa,kami akan bersama dengan anda semua!

  Singgah FB kami Inter Learning Consultant untuk gambar aktiviti Oh My Arabic yang super ohsem!!

 

Monday, April 18, 2016

BENGKEL JAWI SIRI 2 : tamat dengan jayanya

  Alhamdulillah..sekali lagi ILC telah berjaya mengadakan program bengkel asas ejaan jawi yang telah menarik lebih 70 peserta kanak-kanak dari usia 7 tahun hingga 11 tahun.

  Program yang berlangsung seawal jam 8.30 pagi itu dimulai dengan slot pendaftaran peserta,dan pemberian modul tulisan jawi yang disusun oleh Mualim Zamri yang merupakan antara penggubal ejaan jawi kaedah DBP.

  Antara pembelajaran dalam bengkel tersebut ialah teknik mengenal perkataan yang boleh diisi dengan huruf alif,ejaan dua suku kata dan vokal.

  Program yang berakhir pada jam 12.30 tengah hari itu,turut dibantu dengan dua orang fasilitator intern ILC iaitu fasilitator Nurul Hidayah dan Fasilitator Aina. Turut bersama dalam program tersebut ialah Senior Fasilitator dari Ibrah Training Motivation (ITM) brother Alif Hazlan.

  Terima kasih kepada Sekolah Islam Al- Irsyad yang sudi memberikan tempat dalam menjayakan program ini..Admin harap adik-adik dapat memanfaatkan ilmu yang disampaikan oleh muallim Zamri.

  Sekian daripada kami

Lawati facebook kami untuk gambar2 program di fb : Inter Learning Consultant