Wednesday, August 22, 2018

TALK SEK MEN AGAMA GANCHONG

GANCHONG 29 mac 2018- Satu perkongsian bersama adik-adik dari Sek Men.Agama Ganchong tentang peri pentingnya adab-adab dalam kehidupan telah diadakan.

Seramai 120 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 telah mengambil bahagian dalam perkongsian bersama ustaz S. Perkongsian selama 2 jam itu antaranya menekankan tentang sumber-sumber keberkatan dalam hidup yang perlu dijaga oleh kita selaku anak dan pelajar.

Selain itu,diselitkan juga matlamat hidup yang perlu dfokus dan dicapai oleh para pelajar.

Tahniah dan terima kasih buat para guru dan pelajar Sek Men Agama Ganchong kerana sudi menjemput.


KEM KOMBET MEMANAH DONE!

KEMPADANG,14-15 Oktober 2017- Satu Kem Asas Memanah Tradisional telah dianjurkan untuk semua anak-anak dari umur 9 tahun hingga 13 tahun sekitar daerah kuantan.

Kem yang telah diadakan di Kempville Beach Resort ini telah dihadiri oleh seramai 70 orang peserta lelaki dan perempuan. Seramai 10 orang Jurulatih profesional memanah tradisional telah menjadi tenaga pengajar untuk kem ini.

Antara yang dipelajari di dalam kem ini ialah teknik memanah tradisional secara teori dan praktikal,ketenangan jiwa dalam memanah dan lain-lain.

Tahniah dan terima kasih buat semua peserta yang telah terlibat dalam Kem ini. Untuk gambar penuh boleh terus ke page Inter Learning Consultant.