Monday, August 6, 2012

Jom Sayang Ramadhan 3 Meriah!!

  Bismillahi Allahu Akbar segala kebesaran dan kemulian adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah, ILC sekali lagi berjaya melaksanakan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dengan menganjurkan Program Jom Sayang Ramadhan Siri 3 bertempat di Kafa Al Mukmin Taman Impian Ku Pahang,
slot bersama ust S
 
  Program selama 2 hari satu malam yang bermula pada 4 ogos 2012 hingga 5 ogos 2012 itu telah berjaya menarik seramai 109 orang peserta dari qariah sekitar Kafa tersebut. Peserta yang terdiri daripada tahun 2 hingga ke tingkatan 2 rata-rata berpuas hati dengan modul-modul yang dilaksanakan didalam program tersebut. Antara kafa yang terlibat ialah Kafa Darul Quran Cenderawasih,Kafa Al Mukmin, dan Kafa Saidina Hamzah

  Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah qiammullail,iftar,dan sahur bersama-sama. selain dari itu riadah pada waktu petang juga menjadikan program ini semakin menarik.

pembahgian kumpulan

  3 orang fasilitator ILC telah terlibat didalam menjayakan program ini yang dibantu oleh 2 orang guru dari Kafa tersebut. Diharapkan program ini menjadi titik tolak para remaja dalam merindui bulan ramadhan.

riadah petang
  Semoga berjumpa lagi didalam siri yang ke 4 pada tahun yang akan datang....terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sponsor-sponsor program,para peserta dan pentadbiran Kafa Al Mukmin kerana sudi bekerjasama dalam menjayakan program Jom Sayang Ramadhan Siri 3 kali ini. Semoga jasa kalian dibalas Allah....(^_^)



Iftar

iftar
lagi gambar di FB page Inter Learning Consultant

Monday, July 2, 2012

EKSPIDISI ke SG LEMBING berjalan lancar

Bismillahi Allahu Akbar dengan segala kepujian dan kasih sayang Allah,Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah,Darul Quran dibawah pentadbiran ILC sekali lagi telah berjaya melaksanakan program riadah EKSPIDISI ke SG LEMBING.

Seramai 25 orang pelajar dan 3 orang guru dari DQ telah menyertai program ini yang berlangsung pada 30 jun 2012 bersamaan dengan hari sabtu. Peserta bertolak dari DQ tepat jam 6.30 pagi dan sampai di Sg Lembing jam 7.20 pagi.
ustazah huda sedang mendaki bukit panorama

Antara aktiviti yang dijalankan ialah mendaki bukit panorama yang menyaksikan seramai 24 orang pelajar dan 3 orang guru telah berjaya menawan puncak bukit panorama tepat jam 8.24 pagi,manakala seorang daripada pelajar terpaksa berhenti dari pendakian akibat kepenatan.

Bergambar dihadapan muzium Sg Lembing
Seterusnya para pelajar dan guru dibawa melawat Muzium Sg lembing. Di sini pelajar didedahkan dengan sejarah kegemilangan Sg Lembing,barang-barang yang digunakan pada zaman pemerintahan british,barang2 perlombongan bijih timah,dan lain lain lagi.

Farisha irwahyu sedang dikelilingi oleh rusa-rusa yang jinak
Destinasi yang terakhir dalam ekspidisi ke Sg Lembing kali ini ialah Taman Rusa. Bergerak ke Taman Rusa pada jam 2.45 petang dan sampai pada pukul 3.00 petang. Antara aktiviti di taman rusa ialah melihat rusa,dan memberi rusa makan. Para pelajar dan guru buat pertama kalinya berhadapan dengan sekawan rusa yang banyak,ada pelajar yang lari lintang pukang!.... destinasi yang terakhir ini sangat mengujakan semua.





Amir Iqbal,antara pelajar yang aktif

Bergambar dihadapan Taman Rusa

pemandangan dari atas bukit panorama

bergambar di puncak panorama
Lawatan berakhir tepat jam 4.20 petang dan sampai di DQ jam 5.10 petang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga dalam ekspidisi ini semuanya mendapat Tuhan. sekian.

Thursday, April 12, 2012

DARUL QURAN CENDERAWASIH: sambutan amat menggalakkan.

salam sejahtera dan semoga semua berada dalam redha dan kasih sayang Tuhan. Alhamdulillah,segala puji bagi Tuhan sekelian alam,dapat lagi kita merasakan nikmat kehidupan ini,selawat dan salam keatas pemimpin agung kita  baginda Muhammad,moga kita mendapat syafaat baginda di akhirat nanti


Alhamdulillah Darul Quran Cenderawasih dibawah pentadbiran ILC kini semakin diterima dan semakin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan penduduk setempat.


Jumlah terkini pelajar daripada kedua-dua kelas fardhu ain dan kelas mengaji yang dianjurkan oleh DQC ialah seramai 90 orang lelaki dan wanita.


DQC dibawah pentadbiran ILC juga telah banyak menganjurkan program-program seperti program qiammullail,rehlah untuk pelajar,kem-kem motivasi,dan lain-lain.


Selain itu ILC sedang merangka beberapa lagi program untuk memastikan pelajar-pelajarnya dapat pengalaman dan ilmu yang mampu digarap didalam kehidupan sehari harian.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 12, 2012

PROGRAM QIAMMULLAIL SEMPENA MAULIDURRASUL LANCAR

Darul Quran Cenderawasih
Bismillahi Allahu Akbar..dengan kasih sayang Tuhan dapat lagi kita hidup menyedut udara yang amat nyaman ciptaan Tuhan ini,..selawat dan salam keatas junjungan agung baginda Muhammad, kelahiran yang sangat agung,semoga kita semua mendapat syafaat baginda diakhirat kelak.

  Alhamdulillah pada 10 dan 11 februari yang lepas DQC dibawah pentadbiran ILC telah berjaya melaksanakan program qiammullail wajib bagi pelajar tahun 2 hingga 6 DQC. Program yang berjalan selama 2 hari satu malam itu bertujuan untuk menyambut kelahiran agung rasulullah.

  Antara aktiviti yang menarik dalam program tersebut ialah tayangan slide berkenaan dengan rasulullah pemimpin contoh,cara pendidikan rasulullah,dan diselitkan juga video klip berkenaan dengan hari kiamat.


antara pelajar perempuan yang mengambil bahgian

sebelum tayangan slide bermula
   Program yang melibatkan seramai 39 pelajar dari tahun 2 hingga 6 itu berakhir tepat jam 9 pagi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang menyertai program ini. diharapkan dapat melahirkan remaja yang cinta dan rindukan Allah dan rasul.