Friday, October 16, 2015

BENGKEL JAWI: tamat dengan jayanya

Bismillah..dengan rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambanya,ILC sekali lagi telah muncul dicelah masyarakat dengan program BENGKEL JAWI khas untuk anak-anak sekitar pahang.

  Bengkel yang telah berjaya menarik seramai 56 orang peserta itu telah berlangsung pada 3/10 baru-baru ini.

  Antara matlamat bengkel ini diadakan ialah bagi mendedahkan ejaan-ejaan terbaru tulisan jawi masa kini,teknik ejaan pantas,dan lain-lain.

  Penyampaian yang disampaikan oleh Ust Zamri As-sudani yang berpengalaman sebagai penyusun modul kaedah Tulisan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka,serta merupakan jurulatih tulisan jawi bagi KAFA dan SAR selangor itu,banyak memberikan manfaat kepada peserta bengkel.

  Selain itu,peserta bengkel juga dapat menikmati aiskrim kifayah secara percuma yang dijamin halal dan lazat.

Program tamat pada jam 1.00 tengah hari.

In shaa Allah,ILC akan mengadakan satu lagi program untuk warga kuantan. Nantikan....

Wednesday, June 17, 2015

BENGKEL SUPER AULAD BERJAYA!

Salam alaik. Segala pujian hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam

Alhamdulillah baru-baru ini pada 13 Jun 2015 bertempat di surau Sekolah Islam Al-Irsyad,ILC telah berjaya menganjurkan satu lagi program khas untuk anak-anak sempena cuti sekolah.

Program yang dihadiri oleh para pelajar berumur 6 hingga 9 tahun sekitar kuantan dan pekan pahang itu menekankan kan aspek-aspek penting dalam sembahyang,dan adab pergaulan.

Selain itu beberapa aktiviti santai juga telah disusun demi untuk keseronokan adik-adik kita.

Antara Fasilitator yang terlibat dalam menjayakan peserta seramai 40 orang itu ialah Ketua fasilitator syafie,ck Alif dari ITM,dan ck abg long dari ITM.

Selain itu program ini dibantu oleh 2 orang fasilitator jemputan iaitu ustazah fatimah dan ustazah Fatin..

Tahniah kepada adik2 yang mengambil bahgian!!

Thursday, January 8, 2015

KAFA DARUL QURAN : persiapan untuk 2015!

Alhamdulillah,tahun 2015 datang lagi.. pihak pentadbiran KDQC kini sedang menambah baik keselesaan para pelajar tahun ini.

Untuk permulaan tahun ini,pihak KDQC telah menerima sumbangan 2 gulung tikar getah untuk dipasang di Kafa bagi menggantikan tikar getah yang telah rosak.

Sumbangan telah diberikan oleh En.yaacob yang merupakan salah seorang bapa kepada pelajar di KDQC.

  Bagi sesiapa yang belum lagi mendaftar,segeralah mendaftar untuk menikmati sistem pembelajaran yang santai dan pelbagai aktiviti bulanan disediakan.

Sunday, January 4, 2015

KAFA DARUL QURAN CENDERAWASIH: PENDAFTARAN DIBUKA!!

Salam alaik untuk semua,2015 kini datang lagi,moga tahun ini semuanya mendapat keredhaan Tuhan.

  Kafa Darul Quran Cenderawasih kini telah membuka pendaftaran baru 2015 mulai 5/1/2015 sehingga bulan februari.

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang kami sediakan :

1-Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA)
 >terbuka untuk pelajar 5 tahun hingga 11 tahun
 >yuran bulanan RM35
 >UPKK disediakan
  >subjek aqidah,tulisan jawi,sirah nabi,alquran,bahasa arab dll
  >masa belajar : isnin - khamis (2.30 pm - 5.30 pm)
                              : Jumaat (2.30 pm-5.00pm)
>qiammullail bulanan dan pelbagai aktiviti menarik.

2- Kelas Mengaji Al-Quran Remaja & Kanak-kanak
   >Terbuka untuk pelajar 6 tahun hingga 17 tahun
   > yuran bulanan RM30
   > masa belajar : Isnin-Khamis (8.00 pm- 9.00 pm)
                              : Jumaat-Ahad (cuti)
   > bawa quran/iqra/muqaddam sendiri

3- Kelas Mengaji Al-Quran Dewasa
   >Terbuka untuk pelajar 19 tahun keatas
   > yuran bulanan RM40
   > masa belajar : Isnin & selasa setiap minggu (8.00pm-9.30pm)
   > bawa quran/iqra/muqaddam sendiri
  > hanya terhad kepada 10 orang setiap kelas

Dan ini adalah perkhidmatan baru kami yang diseliakan oleh guru berpengalaman :

4- Kelas Tuisyen Minda Darul Quran
   >Terbuka untuk pelajar tahun 1 hingga 6
   > yuran bulanan RM50 untuk semua subjek teras (Bm,Bi,math,sains,P.islam)
   > masa belajar :  Rabu-khamis,sabtu-ahad (sebarang perubahan hari dan waktu akan diberitahu masa pendaftaran)
   > bawa alat tulis dan kamus(untuk subjek bahasa)
   > etika berpakaian : kemas dan menutup aurat

Segera mendaftar dan dapatkan keterangan lanjut melalui personal mesej di FB Inter Learning Consultant atau hubungi terus ust Syafie melalui whatsapp atau telefon ditalian 019-9284882

     TEMPAT ADALAH TERHAD,SEGERALAH                    MENDAFTAR!!!