Tuesday, August 22, 2017

KEM TEKNIK MENJAWAB UPKK 2017 SELESAI!

Alhamdulillah,terima kasih Allah,terima kasih Rasulullah,terima kasih ibu ayah kerana dengan keberkatan dan mereka dan dengan izin Allah sahajalah semuanya berlaku.

  ILC pada kali ini telah menganjurkan KEM TEKNIK MENJAWAB UPKK 2017 khas untuk calon UPKK tahun ini. Kem yang bermula pada 19 ogos dan berakhir pada 20 ogos itu menampilkan para Jurulatih Utama (JU) subjek subjek UPKK dari Persatuan Guru Kafa Daerah Kuantan (PERGUKAFA) Seperti Ustaz Hamizie JU Bahasa Arab, Ust Sofian JU Ulum Syariah,Ustazah Zarina JU Sirah,dan Ust Abdul Halim JU tulisan Jawi.

Selain slot teknik menjawab,para peserta juga disajikan dengan slot sampingan seperti riadah teknik memanah tradisional oleh jurulatih METRA KEBANGSAAN, game halangan dan slot motivasi oleh PU Angah.

Kem yang dihadiri seramai 215 orang peserta terdiri daripada Kafa Bukit Goh,Kafa al Mukmin Taman Impian,Kafa TUDM,Kafa bukit Kuantan,Kafa bukit sagu dan Al Irsyad telah tamat dengan jayanya pada 20 ogos jam 12.00 tengah hari.

Pihak ILC juga mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada Fasilitator dari ITM yang amat membantu dalam melicinkan Kem selama 2 hari 1 malam ini.

ILC mendoakan adik-adik UPKK mendapat kejayaan cemerlang dunia dan Akhirat.