Sunday, December 23, 2018

KEM AL HIKMAH : kerjasama dengan PASTI AL HIKMAH

Alhamdulillah..selawat dan salam setinggi-tingginya buat kekasih,Rasulullah..dan para pemimpin hati...segala rahmat dan nikmat adalah kerana merekalah..

Sekali lagi ILC diberi ruang dalam bidang pendidikan kali ini untuk berkolaborasi dengan sebuah PASTI yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat di kuantan.

Pada 16 - 18 Disember 2018 baru-baru ini telah diadakan satu Kem Al Hikmah bertempat di PASTI AL HIKMAH,INDERASEMPURNA kuantan.

Kem yang diadakan selama 3 hari 2 malam itu,menekankan konsep akhlak,adab dan kepentingan hubungan dengan Allah melalui sembahyang.

ILC berasa kagum dengan semangat para ustazah PASTI yang bertungkus lumus dalam menyusun dan melaksanakan kem ini.

Antara Slot yang diisi oleh ILC ialah Slot Ice breaking,slot kepimpinan,slot hubungan hamba dengan Tuhan,slot sembahyang dan lain-lain lagi.

Diharapkan kerjasama ini dapat menjadi titik tolak dalam membangunkan sistem pendidikan berteraskan Allah dan Rasul di sekitar kuantan khususnya dan seluruh pahang amnya...

Wednesday, December 12, 2018

KEM AL FATEH 2018 : TAHNIAH 128 ORANG PESERTA!

Alhamdulillah admin mulakan pos ini dengan ucapan terima kasih wahai Tuhan kerana Mu lah segalanya berjalan lancar.

Alhamdulillah..seramai 128 orang peserta berumur dari 8 tahun hingga 17 tahun telah menyertai Kem Al Fateh yang buat pertama kalinya di anjurkan.

Kem anjuran ILC dengan kerjasama sahabat Akademi Ibrah ini telah dihadiri oleh peserta dari pelbagai daerah dan negeri diantaranya daerah raub,jerantut,pekan,dan negeri perak.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan antaranya slot kepimpinan bersama PU Angah,Slot Mengenali Sultan Al Fateh bersama Ustaz S,Eksplorace yang dikendali oleh Abng Long dri Akademi Ibrah,memanah dari Cikgu Din dan banyak lagi.

Program yang bertempat di Kempville beach resort kempadang itu telah dijalankan selama 4 hari 3 malam iaitu dari 7 Disember 2018 hingga 10 Disember 2018.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat!

Boleh terus ke page Inter Learning Consultant untuk gambar dan perjalanan aktiviti penuh😁

Saturday, December 1, 2018

PENDAFTARAN KEM AL FATEH MASIH DIBUKA!

KEM AL FATEH

Program Cuti Sekolah TERBARU di Kuantan!

APA ISTIMEWA KEM INI..?
🌺  Yuran yang berpatutan..!
🌺  Tempat yang selesa dn kondusif sesuai utk cuaca yg tidak menentu bulan Disember...!
🌺  Barisan Moderator yg berpengalaman lebih 10 tahun...!
🌺   Modul kami 4 IN 1, JASMANI,EMOSI,ROHANI,INTELEK
🌺   Fasilitator yg terlatih dn awesome...!

🕖BILA??

Tarikh :7-10 Disember 2018
Hari : Jumaat -Isnin
Tempat : Kempville beach resort,kempadang
Masa Pendaftaran : 3.00 petang (jumaat)
Yuran : RM190 (termasuk makan,penginapan,modul)

👦Berminat?nak tanya?atau nak mendaftar?

📞Terus klik link dibawah untuk respon pantas👇👇👇

www.wasap.my/60199284882/kemalfateh

MINTA MAAF TEMPAT AMAT TERHAD !