Wednesday, August 22, 2018

TALK SEK MEN AGAMA GANCHONG

GANCHONG 29 mac 2018- Satu perkongsian bersama adik-adik dari Sek Men.Agama Ganchong tentang peri pentingnya adab-adab dalam kehidupan telah diadakan.

Seramai 120 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 telah mengambil bahagian dalam perkongsian bersama ustaz S. Perkongsian selama 2 jam itu antaranya menekankan tentang sumber-sumber keberkatan dalam hidup yang perlu dijaga oleh kita selaku anak dan pelajar.

Selain itu,diselitkan juga matlamat hidup yang perlu dfokus dan dicapai oleh para pelajar.

Tahniah dan terima kasih buat para guru dan pelajar Sek Men Agama Ganchong kerana sudi menjemput.


KEM KOMBET MEMANAH DONE!

KEMPADANG,14-15 Oktober 2017- Satu Kem Asas Memanah Tradisional telah dianjurkan untuk semua anak-anak dari umur 9 tahun hingga 13 tahun sekitar daerah kuantan.

Kem yang telah diadakan di Kempville Beach Resort ini telah dihadiri oleh seramai 70 orang peserta lelaki dan perempuan. Seramai 10 orang Jurulatih profesional memanah tradisional telah menjadi tenaga pengajar untuk kem ini.

Antara yang dipelajari di dalam kem ini ialah teknik memanah tradisional secara teori dan praktikal,ketenangan jiwa dalam memanah dan lain-lain.

Tahniah dan terima kasih buat semua peserta yang telah terlibat dalam Kem ini. Untuk gambar penuh boleh terus ke page Inter Learning Consultant.


TALK SK BALOK : Cabaran Masa Kini

BALOK,2 oktober 2017- Satu perkongsian bersama adik-adik tahap 2 yang bertajuk "cabaran masa kini" telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Balok. Seramai hampir 200 orang  pelajar telah terlibat di dalam sesi ini.

Antara perkara yang menjadi isi penting dalam talk ini ialah  peringkat-peringkat remaja,matlamat hidup,dan cabaran-cabaran masa kini.

Tahniah dan terima kasih buat adik-adik yang sudi mendengar celoteh Ustaz S anda....semoga mendapat manfaat.

Terima Kasih juga buat Pengurusan SK Balok yang sudi menjemput.

sedang memberi talk

terima kasih kepada pengurusan SK Balok


pelajar sedang seronok mendengar celoteh