Tuesday, August 22, 2017

KEM TEKNIK MENJAWAB UPKK 2017 SELESAI!

Alhamdulillah,terima kasih Allah,terima kasih Rasulullah,terima kasih ibu ayah kerana dengan keberkatan dan mereka dan dengan izin Allah sahajalah semuanya berlaku.

  ILC pada kali ini telah menganjurkan KEM TEKNIK MENJAWAB UPKK 2017 khas untuk calon UPKK tahun ini. Kem yang bermula pada 19 ogos dan berakhir pada 20 ogos itu menampilkan para Jurulatih Utama (JU) subjek subjek UPKK dari Persatuan Guru Kafa Daerah Kuantan (PERGUKAFA) Seperti Ustaz Hamizie JU Bahasa Arab, Ust Sofian JU Ulum Syariah,Ustazah Zarina JU Sirah,dan Ust Abdul Halim JU tulisan Jawi.

Selain slot teknik menjawab,para peserta juga disajikan dengan slot sampingan seperti riadah teknik memanah tradisional oleh jurulatih METRA KEBANGSAAN, game halangan dan slot motivasi oleh PU Angah.

Kem yang dihadiri seramai 215 orang peserta terdiri daripada Kafa Bukit Goh,Kafa al Mukmin Taman Impian,Kafa TUDM,Kafa bukit Kuantan,Kafa bukit sagu dan Al Irsyad telah tamat dengan jayanya pada 20 ogos jam 12.00 tengah hari.

Pihak ILC juga mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada Fasilitator dari ITM yang amat membantu dalam melicinkan Kem selama 2 hari 1 malam ini.

ILC mendoakan adik-adik UPKK mendapat kejayaan cemerlang dunia dan Akhirat.

Tuesday, July 18, 2017

SLOT ANAK SOLEH bersama KAFA AL HAFIZIN KUANTAN

Alhamdulillah..baru-baru ini bertempat di Cempaka Beach Resort ILC telah dijemput untuk mengisi slot motivasi bertajuk "Anak Soleh".

Program Kem UPKK anjuran Kafa Al Hafizin Kuantan pada 15 dan 16 Julai ini, disertai seramai 72 orang peserta calon UPKK Kafa tersebut.

Pada Slot motivasi tersebut,turut dihadiri ibu bapa anak-anak calon UPKK.

Antara isi dalam slot anak soleh tersebut ialah,kepentingan anak soleh dalam keluarga,keredhaan ibubapa dan guru dalam membentuk anak soleh,Allah dan Rasul sebagai tunjang keluarga dan banyak lagi.

Slot selama sejam setengah itu tamat pada 12.30 tengah hari.

Pihak ILC Mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemput kami.

Wednesday, May 3, 2017

JAWI KHAS UNTUK IBU BAPA DAN PARA GURU!

LATEST UPDATE!!

9 HARI LAGI!!

Hanya tinggal 25 KEKOSONGAN SAHAJA daripada 50 tempat!!

ILMU WAJIB TAHU!

GURU & IBU BAPA

ini untuk ANDA!!

Bengkel Tulisan Jawi Baharu.

APA?
Dapat membanding beza ejaan baru dan lama

APA??
dapat mengetahui teknik ejaan jawi terkini dari DBP

APA???
Disampaikan oleh Jurulatih Jawi yang berpengalaman yang merupakan antara penyusun modul kaedah tulisan jawi

APA????
Modul komperhensif disediakan khas untuk Guru dan Ibu Bapa.

TEMPAT????
Dewan Seminar MBS World,tanah putih.

HARI????
Ahad 14 Mei 2017

Mulai jam 8.30 pagi - 1.00 tgh hari

Yuran hanya RM60 SHJ!

Segera mendaftar untuk tempat anda!!

Hubungi Syafie -0199284882

Untuk pertanyaan atau pendaftaran. SEGERA!

Sunday, February 5, 2017

SIRI 3 TAHUN INI :BENGKEL SMART JAWI 2017 SELESAI!!

Alhamdulillah..kali ini bertempat di Dewan Seminar MBS World Bookstore tanah putih kuantan diadakan Bengkel Smart Jawi daerah kuantan.

Seramai 71 peserta seluruh kuantan mengambil bahgian dalam program yang dianjurkan..

Program yang bermula dengan pendaftaran jam 8.30 pagi dan tamat jam 12 tgh hari itu menyajikan pelbagai aktiviti dan modul menarik antaranya ejaan-ejaan moden yang terkini,latih tubi ejaan-ejaan jawi,game,dan lain-lain.

Program diakhiri dengan penyampaian sijil oleh ustaz zamri,penyampai slot dan modul tulisan jawi moden.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahgian dalam program ini.

Nantikan progran kami seterusnya!!