Wednesday, June 17, 2015

BENGKEL SUPER AULAD BERJAYA!

Salam alaik. Segala pujian hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam

Alhamdulillah baru-baru ini pada 13 Jun 2015 bertempat di surau Sekolah Islam Al-Irsyad,ILC telah berjaya menganjurkan satu lagi program khas untuk anak-anak sempena cuti sekolah.

Program yang dihadiri oleh para pelajar berumur 6 hingga 9 tahun sekitar kuantan dan pekan pahang itu menekankan kan aspek-aspek penting dalam sembahyang,dan adab pergaulan.

Selain itu beberapa aktiviti santai juga telah disusun demi untuk keseronokan adik-adik kita.

Antara Fasilitator yang terlibat dalam menjayakan peserta seramai 40 orang itu ialah Ketua fasilitator syafie,ck Alif dari ITM,dan ck abg long dari ITM.

Selain itu program ini dibantu oleh 2 orang fasilitator jemputan iaitu ustazah fatimah dan ustazah Fatin..

Tahniah kepada adik2 yang mengambil bahgian!!