Tuesday, December 20, 2011

MINI REUNION JAWATANKUASA ILC










bismillah hi allahu akbar...alhamdulillah salam ceria,salam bahgia dari admin,moga semua ceria dan berbahagia. Alhamdulillah baru-baru ini iaitu pada 12.12.2011 telah diadakan perjumpaan sulung jawatankuasa ILC setelah 3 tahun tidak berjumpa. perjumpaan ini di buat di KL sentral

Perjumpaan itu bertujuan untuk mengeratkan kembali ukhuwah. Turut hadir bersama dalam majlis kecil itu ialah fasilitator Izhar ardy,fasilitator shahrul,fasilitator amani,fasilitator naqiyah,fasilitator hafizah amin dan fasilitator syafie,turut bersama didalam perjumpaan itu juga ialah tunang kepada fasilitator shahrul.

Turut memeriahkan lagi perjumpaan ini ialah kehadiran fasilitator atiqah melalui online dan berbicara bersama - sama.

Perjumpaan ini berakhir dengan penuh harapan agar ukhuwah ini akan diteruskan dan tetaplah bertaut selama-lamanya..



Monday, November 14, 2011

LAWATAN KE PETROSAINS DAN ZOO NEGARA





Alhamdulillah..segala kebesaran hanya untuk Tuhan kita,Terima kasih Rasulullah yang telah mengenalkan kita kepada Tuhan...

Darul Quran dibawah naungan ILC sekali lagi telah mngorak langkah kehadapan dengan mengadakan lawatan sambil melihat kebesaran Allah ke Petrosains dan Zoo Negara. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk meluaskan pemandangan para pelajar yang rata-ratanya hanya dihabiskan masa berada di rumah sahaja.

Lawatan tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya pada 13 November 2011 diiringi oleh 5 orang guru iaitu 3 daripada darul quran,mualim Tengku Khelmi zairi,dan ustazah nurmila dari kafa almukmin.

Lawatan Ini disertai oleh 13 orang pelajar Darul Quran dan 10 orang pelajar dari kafa Al-Mukmin.

Alhamdulillah mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa pelajar dan mereka juga turut mengharap agar pihak kafa mengadakan lagi program sedemikian di masa akan datang.

Sunday, November 13, 2011

MAJLIS KHATAM QURAN ADIK HIDAYATUL NAJWA




Bismillahi Allahu Akbar...salam alaik kepada semua pembaca blog...moga semua dalam kasih sayang Tuhan..

Alhamdulillah..pada 11.11.11 lepas, Darul Quran Cenderawasih dibawah pentadbiran ILC telah menyambut majlis khatam Al-Quran salah seorang pelajar di situ. Majlis yang diadakan penuh tatatertib dan adab itu telah diadakan tepat jam 3 petang hari jumaat 11.11.11.

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk meraikan adik Hidayatul Najwa dari tahun 5 khatam Quran. Program ini juga merupakan yang pertama kali diadakan di Darul Quran. Moga mereka fasih dalam membaca ayat-ayat Allah..

Wednesday, October 12, 2011

Darul Quran Cenderawasih : PENDAFTARAN DIBUKA!!!


Bismillahi Allahu Akbar..salam alaik untuk semua pembaca blog..semoga semua dalam redha dan kasih sayang Tuhan..

Alhamdulillah,dengan Nama Allah dan Rasul,Darul Quran Cenderawasih yang diurus tadbir oleh Inter Learning Consultant (ILC)kini membuka sesi pendaftaran untuk sesi pembelajaran tahun 2012. Sesi pendaftaran tersebut bermula dari awal bulan oktober 2011 sehingga 1 januari 2012.




Antara Kelas -kelas pengajian yang dibuka untuk pendaftaran ialah :
  • Kelas KAFA (tahun 1-5)
  • kelas Mengaji kanak - kanak
  • Kelas Mengaji & Tajwid dewasa
  • dan Kelas PRA

Pihak kami menyediakan sesi pembelajaran yang santai,dan menekankan aspek2 akhlak dan adab di dalam kehidupan. Sesungguhnya remaja kini semakin tandus dan kekeringan adab dan akhlak yang menyebabkan berlakulah pelbagai gejala sosial yang tidak mampu untuk ditanggung lagi.

Darul Quran Cenderawasih beroperasi dibawah pentadbiran ILC sejak bulan mei 2011 dan mempunyai sebanyak 3 orang guru tetap. Berikut ialah carta organisasi pentadbiran Darul Quran Cenderawasih :

Pengurusan ILC

I

I

Guru Besar : Muhammad Syafie Mohd Yusoff (dip.dakwah & pengurusan)

I

I

GPK Akedemik : Nurhatiyal Huda Abd Ghapar (dip.dakwah & pengurusan)

I

Kewangan : Siti Syafiqah

I

I

Guru - Guru Darul Quran


Darul Quran yang didaftarkan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan JAIP ini beroperasi seawal jam 8.pagi sehinggalah 5.30 petang dan terletak di tingkat atas kedai percetakan cenderawasih dan berdekatan dengan Medan selera Cenderawasih.

Remaja aset utama Negara yang akan mencatur negara akan datang,oleh itu,hargailah mereka,berilah pendidikan yang betul agar remaja dapat mencintai Allah dan rasul.


Untuk sebarang pertanyaan,pendaftaran dan keterangan lanjut,sila hubungi Ust Syafie di talian 019-9284882.

Tuesday, September 20, 2011

STRATEGI MOTIVASI : ANDA HANYA PERLU MEMINTA!

kadang kala, bila kita perlukan sesuatu bantuan dari seseorang atau pihak untuk perniagaan kita, kita hanya perlu MINTA sahaja. Jangan malu/segan, just MINTA. Ada yang takut-takut nak minta sesuatu, kerana segan, atau malu, atau takut "nanti tak dapat!". Pendapat saya...
  • Kalau tak minta, jawapannya adalah 100% takkan dapat punya.
  • Kalau minta, jawapannya menjadi 50%-50% mungin dapat bantuan tersebut atau mungkin tidak dapat. Tetapi, kebarangkalian dapat sudah bertambah berbanding dengan tak minta langsung
  • Kalau minta, disamping memberi sesuatu kembali yang mempunyai manfaat pada orang yang diminta, jawapannya sudah 70% anda akan dapat apa yang anda minta!
So, lain kali perlukan bantuan, jangan malu atau segan untuk meminta bantuan. Hendak lebih hebat dan menambahkan kebarangkalian mereka akan membantu anda, berikan sebab dan manfaat kepada mereka dan bukan hanya mengharap mereka 100% membantu anda sahaja


oleh : irfan khairi

Sunday, August 14, 2011

JOM SAYANG RAMADHAN SIRI 2 : Sambutan yang tidak diduga!

Bismillahi Allahu Akbar..segala kekuasaan itu adalah milik Tuhan yang menciptakan..segalanya adalah kerana Mu Tuhan...selawat dan salam keatas junjungan Agung baginda Muhammad,semoga kita semua berada dalam redha Allah.

Alhamdulillah ILC berjaya sekali lagi menganjurkan program sempena ramadhan kali ini. Program ini telah dijayakan bersama oleh ahli jawatan kuasa Surau Kg Padang Perdana dengan jayanya.

Jom Sayang Ramadhan siri 2 telah berjaya dihadiri oleh peserta seramai 107 orang dari Kafa sekitar kuantan dan individu individu sekitar qariah. Antara kafa yang menghantar peserta ialah Kafa Darul Quran seramai 24 peserta,Kafa Al Mukmin Taman Impian ku 50 peserta,Kafa kg Padang perdana 34 peserta kafa az zakirin, kafa baitul huda dan lain-lain.

Antara tujuan utama program ini ialah untuk memenuhi masa lapang remaja dalam bulan puasa. Seterusnya untuk mengajak peserta menghayati dan memahami yang sebenar - benarnya erti ramadhan.

Pelajar dibahgikan kepada 10 kumpulan dan setiap mereka diwajibkan bergerak mengikut kumpulan. Program ini dikawal selia oleh 3 orang fasilitator ILC.

Penduduk taman perumahan disitu juga turut memberikan banyak sumbangan dalam bentuk tenaga,wang ringgit dan makanan. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada seluruh warga qariah dan ibu bapa.

Makanan dan minuman sahur dan berbuka ditaja sepenuhnya oleh Dr Azizah yang merupakan pemilik klinik Az Zahrah di Taman Impian ku.

Semoga semua yang membantu dalam pelaburan untuk menjayakan program ilmu ini di nilai disisi Tuhan sebagai ibadah..untuk melihat gambar program anda boleh Like page Inter Learning Consultant dan saksikan gambar - gambar program...(^_^)


Tuesday, August 9, 2011

Jom Sayang Ramadhan siri 2 kembali!!

Bismillahi Allahu Akbar...semoga semua dalam kasih sayang Tuhan....selamat berpuasa pihak ILC ucapkan kepada semua bloggerz2,pengunjung2 blog ini dan semua sahabat ILC...semoga ibadah puasa kita diterima Tuhan...

ILC dengan kerjasama Masjid Al Mukmin akan mengadakan program Jom Sayang Ramadhan siri kedua. Program yang akan diadakan pada 13 dan 14 haribulan 8 ini bertujuan untuk menarik minat dikalangan remaja khusus dari umur 9 tahun hingga 13 tahun untuk bersama - sama berpuasa dan melakukan ibadah tambahan lain di dalam bulan ramadhan ini seperti i'tikaf,tadarus dan lain - lain.

Berikut adalah butiran lanjut tentang program ini :

  • Tarikh : 13-14 ogos 2011 (sabtu & Ahad)
  • Temapat : Masjid Al Mukmin Taman Impian Ku jln Sg Lembing Kuantan Pahang
  • Peserta : 9 - 13 tahun
  • Yuran peserta : RM10
  • keterangan lanjut : Fasilitator Muhammad Syafie - 019-9284882

Tempat hanya terhad kepada 70 peserta sahaja,cepat!!

Tuesday, June 14, 2011

RISAU MEMBAWA STRESS oleh irfan khairi

Pernah tak anda merasa stress atau tension? Punca utama stress datangnya daripada kita "risau" sesuatu. Bila kita selalu risau, itu yang menyebabkan stress. Dan stress pula banyak mengakibatkan penyakit :(

Ada research mengenai "risau" mengatakan:

  • 40% orang risau pada sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan itu tidak terjadi pun
  • 30% orang risau pada perkara-perkara yang sudah lepas dan tidak boleh diubahkan pun
  • 12% orang risau tentang kesihatan
  • 10% orang risau tentang perkara-perkara yang amat kecil
  • 4% pula risau tentang perkara yang akan datang dan tidak boleh kita ubah pun
  • Manakala 4% lagi adalah risau yang boleh kita lakukan sesuatu!

Jadi, next time anda risau dan terasa stress, lihat kembali statistik ini. Risau anda dalam % yang mana? Mudah-mudahan ianya akan mengurangkan stress anda!

Bila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa sahaja cita-cita kita

Sunday, June 5, 2011

KEM QIAMMULLAIL & MUHASABA DIRI DAPAT SAMBUTAN HANGAT



Bismillahi Allahu Akbar.....Dengan Nama Tuhan yang Maha Segala-galanya sekali lagi ILC telah berjaya menganjurkan satu lagi program untuk pelajar berumur 9 tahun hingga 13 tahun. Kem Muhasabah Diri & Qiammullail ini telah berjaya diadakan di Kem Perkasa Akademi Azam Pantai Sepat.
Seramai 52 peserta dan 4 orang fasilitator yang terdiri daripada 2 orang guru Kafa Darul Quran,seorang fasilitator jemputan khas dan seorang lagi merupakan fasilitator ILC. Peserta yang terdiri daripada 5 buah kafa sekitar kuantan telah disajikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik diantaranya ialah Qiammullail,aktiviti lasak,malam muhasabah diri dan lain lain..

peserta perempuan bergambar bersama 2 orang fasilitator


Program selama 3 hari 2 malam itu telah mendapat sambutan hangat dari kalangan penjaga dan ibu bapa. Pertambahan peserta pada saat-saat akhir telah menyebabkan pihak penganjur telah membuka sebanyak 10 lagi penyertaan yang pada asalnya seramai 40 penyertaan sahaja..

Pelbagai telatah yang dapat disaksikan pada malam tersebut ada diantara peserta yang menangis,ada yang berzikir tak henti-henti...ada juga yang azan...sesungguhnya pihak ILC mengharapkan kem ini dapt memberi kesedaran kepada peserta-peserta cilik ini...

Untuk melihat gambar-gambar program bolehlah mengunjungi laman FB ILC...hanya taip inter learning consultant dan like...

sebarang tempahan program bolehlah menghubungi pihak kami ditalian yang disediakan di blog ini...


Sunday, May 15, 2011

Program Cuti Sekolah : KEM QIAMMULLAIL & MUHASABAH DIRI

Bismillah walhamdulillah....alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan,ILC sekali lagi akan menganjurkan Kem Qiammullail & Muhasabah diri pada musim cuti sekolah ini..

Kem ini akan berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 27 mei sehingga 29 mei 2011. Kem ini akan dibuat di kem Perkasa akademi Azam pantai sepat,kuantan pahang. tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 mei 2011 ini. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50

Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti latihan dalam kumpulan,kembara malam,dan aktiviti aktiviti lasak..

Diharapkan program ini akan memberi impak positif yang menyeluruh dalam menjadikan diri kita anak yang soleh dan remaja yang berwawasan...

Untuk sebarang pertanyaan,boleh menghubungi ustaz Muhammad Syafie di nombor yang disediakan di blog konsultan..

Wednesday, March 23, 2011

Seminar Anak Soleh selesai dengan jayanya...




Bismillah dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang......alhadulillah....dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan...Inter Learning telah berjaya mengadakan seminar Anak Soleh yang bertemakan remaja pencinta Allah dan rasul...

Seminar ini telah dihadiri oleh 30 pelajar dari kawasan perumahan Taman Impian Ku,Jln Sg Lembing..Seminar ini bertujuan melatih diri peserta supaya mengaplikasikan sifat-sifat anak soleh dalam seluruh kehidupan mereka..


Antara sifat-sifat anak soleh yang diterapkan ialah,berjiwa besar,rajin,cerdik,tidak mudah berputus asa dan lain-lain..

Seminar ini dapat reaksi yang positif daripada pihak AJK surau,guru-guru kafa sekitar perumahan,dan juga ibu bapa peserta...

Diharapkan program seperti ini dapat menyumbang kearah pembentukan generasi baru remaja dan pemimpin akan datang...ampun maaf..salam alaik..
lagi gambar di FB ILC...

Tuesday, March 8, 2011

Seminar Anak Soleh : remaja cintakan Allah dan Rasul

Bismillah hirrahmanirrahim...dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan...ILC kini di beri lagi kesempatan oleh Tuhan untuk mengadakan Seminar Anak Soleh kali pertama di Surau Al-Mukmin Taman Impian Ku Kuantan Pahang..Seminar ini akan berlangsung pada 12 Mac 2011 bermula jam 8 pagi hinggalah ke jam 6 petang.

Seminar yang akan diadakan selama sehari ini bertujuan antara lain ialah memupuk minat remaja untuk lebih mengamalkan akhlak yang baik seperti menjaga hati ibu bapa,berusaha untuk muhasabah diri,serta mengamalkan akhlak-akhlak mulia yang lain agar pada masa akan datang remaja-remaja inilah yang akan menjadi harapan agama dan bangsa..

Tuesday, January 18, 2011

BAGAIMANA MENGHADAPI TENSION

Hiburan itu tidak mesti membahagiakan, tetapi kebahagian itu sudah pasti menghiburkan - ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi. Begitulah nasib kita manusia. Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga.

Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga. Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa.

Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib ‘malang’ yang pasti menimpa kita?

Antaranya ialah:

1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai pemberinya. Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa. Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat olehTuhan. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu, Tuhan jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa. Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu clan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan.

2. Setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran.

Antaranya ialah:

a. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan. Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya.

b. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkanTuhan tidak membantu kita.

c. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

d. Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan.

Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan. Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita kembali kepadaNya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan terselamat dari kemurkaan-Nya.

3. Hendaklah pandai menerima ketentuan clan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil yang positif daripadanya. Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negatif, hati kita akan tertekan clan tension dan sudah tentu kita juga akan mendapat hasil yang negatif.

Contohnya: Kita ditakdirkan mendapat anak-anak yang nakal. Setiap hari, ada sahaja kelakuannya yang sangat mengganggu kita. Kalau kita menerimanya secara positif, kita akan berkata kepada diri kita, “Kerana dosa akulah anak-anak aku ni nakal. Allah buat seperti ini untuk membersihkan dosa-dosa aku yang lepas.”Ataupun kita boleh berkata begini, “Tuhan beri aku ujian ini untuk memberi aku pahala sabar. Kalau aku sabar, bukan sahaja aku akan dapat ganjaran di sisiTuhan tetapi yang lebih penting, aku dapat mendekatkan diri kepada Tuhan.”

Kalau beginilah penerimaan kita, tentulah kita tidak akan marah-marah atau berleter-leter, merotan, memukul dan menghukum anak di luar batasan atau mengamuk-ngamuk kepada suami kita pula. Sebaliknya, kita akan terus-menerus menasihatinya dengan baik dan mendoakan anak kita agar dia menjadi anak yang soleh satu hari nanti. Dan lazimnya, berkat baik sangkanya kita kepadaTuhan, anak itu akan menjadi anak
yang baik apabila dia besar. Ini selaras dengan firman Tuhan yang maksudnya: “Aku di atas sangkaan hamba-hambaKu ke atas-Ku.”

Penerimaan yang negatif pula ialah kita akan merungut-rungut kerana nasib yang ditimpakan itu, kita akan bersikap marah-marah serta melepas geram dengan menghukum anak serta terbawa-bawa sikap marah itu kepada orang lain. Hati kita mungkin berkata,”KenapalahTuhan berikan aku anak yang senakal ini,” atau kita akan berkata, “Tak guna dapat anak macam ni. Bukannya menyenangkan, menyusahkan saja. “Akibat didikan yang kasar itu serta sangkaan-sangkaan yang buruk terhadap Tuhan, anak itu bila besar kelak akan menjadi anak yang tidak baik akhlaknya. Tension yang kita hadapi bila anak itu kecil akan terus kita hadapi sehingga dia besar. Bukan sahaja anak kita yang rugi, kita juga akan turut rugi sama. Ini semua kerana buruk sangkanya kita clan tidak pandainya kita menerima takdir Tuhan.

Lantaran itu, terimalah segala takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifatsifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita.

Saturday, January 15, 2011

PERJUMPAAN SULUNG ILC-AFG : kerjasama diraih

bismillah...semoga dalam redha dan kasih sayang tuhan..alhamdulillah..terima kasih Tuhan..terima kasih rasulullah...dapat lagi kita hidup dalam tahun baru kali ini..dan telah berjaya menempuh tahun 2010 yang penuh dengan seribu satu cabaran..marilah kita koreksi diri kita..apakah makin bertambah rasa-rasa bertuhan seperti rasa takut,rasa cinta kan Tuhan...atau masih sekata tidak ada perubahan..bahkan bertambah malanglah bagi yang semakin kurang rasa berTuhan itu...

Alhamdulillah..ILC pada tahun ini semakin mengorak langkah setelah sekian lama mendiamkan diri kerana ada beberapa perkara yang diselesaikan...sebagai permulaan untuk tahun ini..pihak ILC telah mengadakan pertemuan sulung dengan Akademi Fasilitator Group (AFG) baru-baru ini.

Pertemuan yang berlangsung pada 14 januari 2011 pada jam 3 petang itu telah dihadiri oleh wakil dari ILC iaitu Fasilitator M.Syafie,Fasilitator Hamimi,Fasilitator shidi,dan fasilitator Amani. Pertemuan yang bertujuan untuk mejalinkan kerjasama erat antara ILC-AFG itu dipengerusikan sendiri oleh pengerusi AFG bagi sesi 2011/2012 iaitu saudara Muhammad Ahyad bin Abd Manan..Turut bersama ialah timb. AFG Nor Fathiah binti Rusni,exco disiplin MPPKIPSAS,serta ajk perhubungan luar AFG..

Pertemuan selama lebih sejam itu telah membincangkan banyak aspek dari segi hubungan kerja,bahagian pentadbiran(organisasi atasan ILC-AFG),penggunaan tenaga kerja,serta program-program yang akan dijalan kan bersama...antara program yang diberi perhatian ialah kursus asas untuk fasilitator yang mana bertitik tolak dari situ akan menghasilkan fasilitator yang berfikiran positif,kreatif dan mampu untuk memimpin dan dipimpin.

Selain itu juga..dengan adanya kerjasama yang erat ini,dapat juga menjayakan dan merealisasikan objektif konsultan yang baru ditubuhkan pada akhir tahun 2009 iaitu sifar kadar pengangguran dari kalangan lepasan KIPSAS khususnya ahli dari AFG..

Diharapkan dengan adanya kerjasama ini..ILC-AFG akan lebih mengorak langkah,membantu mana-mana masyarakat yang memerlukan bantuan dari segi akademik,sahsiah diri dan lain-lain.

Pihak ILC juga mengucapkan selamat belajar,dan selamat maju jaya kepada para fasilitator ILC yang kini sedang melanjutkan pelajaran dan diharapkan dapat membantu menjayakan bersama cita-cita ILC sperti yang telah digariskan oleh 3 pengasas ILC...

salam perjuangan,salam kasih sayang,salam maju jaya dari kami ILC untuk tahun 2011 ini...