Friday, October 25, 2013

IMTIHAN TERAKHIR 2013

Bismillahirrahmanirrahim.. pada 22 oktober hingga 25 oktober 2013 DQ telah mengadakan peperiksaan akhir tahun buat pelajarnya...peperiksaan yang bermula pada hari isnin dan berakhir pada hari jumaat itu telah menyaksikan kesemua pelajar dari pra kafa hingga pelajar tahun 4 mengambil peperuksaan itu.

  Untuk para pelajar tahun 5 yang sudah melepasi ujian UPKK pula,pihak pengurusan DQ telah menganjurkan aktiviti seni dan menghias kawasan kafa dan kelas. Tujuan aktiviti seni ini dianjurkan ialah dapat memupuk para pelajar dengan daya kreatif dan inovasi yang menjadikan sistem mereka seimbang dengan arus kehidupan yang semakin berinovatif ini.

  Bagi pelajar pra kafa pula mereka diuji dengan ujian lisan dan tingkah laku sepanjang mereka berada di DQ.

  Diharapkan para pelajar dapat menjawab dengan tenang dan mendapat kecemerlangan dalam hidup.

Sunday, October 13, 2013

REHLAH QIADHI SELESAI

Tanggal 12 oktober 2013 pihak pengurusan Darul Quran Cenderawasih dibawah pentadbiran ILC telah menganjurkan satu program rehlah khas buat pelajar lepasan UPKK DQC tahun ini.

  Program yang melibatkan seramai 10 orang pelajar tahun 5 DQC itu telah bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada tepat jam 9 malam.

  Program dimulakan dengan beriadah di pantai sepat,sarapan pagi dan bbq di sana sehingga jam 12 tgh hari. Kemudian acara rehlah diteruskan dengan game bowling di kuantan plaza yang memperlihatkan kehebatan adik muhd irfan selaku juara keseluruhan bowling peringkat darul quran.

  Seterusnya acara dalam siri rehlah ini diteruskan lagi selepas solat zohor dengan menuju ke The Rhu Beach Resort untuk mandi kolam. Disini beberapa acara air dijalankan seperti latihan renang,ujian menyelam dan lain-lain.

  Diharapkan program seumpama ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama pelajar seterusnya membina pelajar yang tahu menghargai alam ciptaan Allah.