Tuesday, July 18, 2017

SLOT ANAK SOLEH bersama KAFA AL HAFIZIN KUANTAN

Alhamdulillah..baru-baru ini bertempat di Cempaka Beach Resort ILC telah dijemput untuk mengisi slot motivasi bertajuk "Anak Soleh".

Program Kem UPKK anjuran Kafa Al Hafizin Kuantan pada 15 dan 16 Julai ini, disertai seramai 72 orang peserta calon UPKK Kafa tersebut.

Pada Slot motivasi tersebut,turut dihadiri ibu bapa anak-anak calon UPKK.

Antara isi dalam slot anak soleh tersebut ialah,kepentingan anak soleh dalam keluarga,keredhaan ibubapa dan guru dalam membentuk anak soleh,Allah dan Rasul sebagai tunjang keluarga dan banyak lagi.

Slot selama sejam setengah itu tamat pada 12.30 tengah hari.

Pihak ILC Mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemput kami.