Monday, September 8, 2014

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

"untuk semuaaaa pelajar tahun 6...khususnya pelajar tahun 6 sekolah rendah islam al irsyad kuantan dan sekolah kebangsaan cenderawasih...moga semuanya dapat menjawab dengan tenang.."

Tuesday, June 24, 2014

PLANET ANAK SOLEH LANCAR!

Bismillah...semoga semuaaanya sihat.... baru-baru ni pada 4 jun 2014 ILC telah menganjurkan satu program pengukuhan fardhu ain dan solat iaitu Planet Anak Soleh.

  Program yang berjalan selama 1 hari itu bermula jam 8 pagi hingga 5 petang itu telah di jalankan di surau Sekolah Islam Al Irsyad Kuantan.

  Antara aktiviti yang dijalankan ialah takhsin solat,smart wudhuk dan lain-lain....program yang telah menarik seramai 100 orang peserta itu juga turut menyediakan hadiah buat pemenang kuiz kapten khalifah..

  AlhamDulillah....moga semua peserta mendapat manfaat dalam program ini...kita akan berjumpa lagi di program akan datang insyaallah...

 

Saturday, January 25, 2014

QIAMMULLAIL SEMPENA RABIUL AWWAL LANCAR

Bismillahirrahmanirrahim..segala puji bagi Allah..Tuhan semesta alam.. alhamdulillah..Kafa Darul Quran pada tahun 2014 ini telah memulakan langkah membina peribadi pelajar dengan mengadakan program qiammullail sempena menyambut ketibaan kelahiran agung Rasulullah

  Program yang dihadiri oleh 30 orang pelajar KDQ bermula pada 24 januari 2014 dan berakhir pada 25 januari 2014. Banyak aktiviti menarik disediakan oleh tenaga pengajar KDQ diantaranya ialah slot qiammullail,riadah pagi dan juga beberapa siri tazkirah berkenaan kesedaran siapakah rasulullah dan sifat-sifat rasulullah.

  Program yang berakhir tepat pada  25 januari 2014 jam 9.00 pagi itu diharapkan dapat memberi input dan kesedaran kepada para pelajar KDQ betapalah seorang rasul itu diutuskan sebagai penyelamat. Sekian sahaja laporan untuk kali ini,semoga semua yang membaca mendapat Allah dan Rasul