Sunday, February 12, 2012

PROGRAM QIAMMULLAIL SEMPENA MAULIDURRASUL LANCAR

Darul Quran Cenderawasih
Bismillahi Allahu Akbar..dengan kasih sayang Tuhan dapat lagi kita hidup menyedut udara yang amat nyaman ciptaan Tuhan ini,..selawat dan salam keatas junjungan agung baginda Muhammad, kelahiran yang sangat agung,semoga kita semua mendapat syafaat baginda diakhirat kelak.

  Alhamdulillah pada 10 dan 11 februari yang lepas DQC dibawah pentadbiran ILC telah berjaya melaksanakan program qiammullail wajib bagi pelajar tahun 2 hingga 6 DQC. Program yang berjalan selama 2 hari satu malam itu bertujuan untuk menyambut kelahiran agung rasulullah.

  Antara aktiviti yang menarik dalam program tersebut ialah tayangan slide berkenaan dengan rasulullah pemimpin contoh,cara pendidikan rasulullah,dan diselitkan juga video klip berkenaan dengan hari kiamat.


antara pelajar perempuan yang mengambil bahgian

sebelum tayangan slide bermula
   Program yang melibatkan seramai 39 pelajar dari tahun 2 hingga 6 itu berakhir tepat jam 9 pagi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang menyertai program ini. diharapkan dapat melahirkan remaja yang cinta dan rindukan Allah dan rasul.