Tuesday, October 26, 2010

..."jalan kejayaan itu adalah jalan menuju Tuhan..."

"jalan kejayaan ialah jalan yang penuh dengan kesusahan dan kepayahan..mengapa???agar kita selalu berharap dan terus berharap agar dibantu oleh yang Satu.....seandainya kejayaan itu berlaku....moga-moga ia adalah di dalam redha Tuhan.....kerana redha Tuhan itu amat payah diperoleh....sebanyak mana pahala sudah pasti tidak mampu nak membayar nikmat sebelah mata...apatah lagi nak masuk syurga dengan pahala.....hanya setitis dari redha Tuhan..pasti kan selamat dunia akhirat...carilah redha Tuhan.."

Sunday, October 10, 2010

KISAH SAYIDINA ALI DENGAN 6 DIRHAM

SEBAIK pulang dari rumah Nabi Muhammad s.a.w., Ali bin Abu Talib menemui
isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: “Wahai wanita mulia,
adakah kamu mempunyai manakan untuk suamimu?”

Fatimah menjawab: “Demi Allah, saya tidak mempunyai makana sedikit pun.
Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman sebagai upah
memintal. Saya mahu belikan makana untuk Hassan dan Husain.”

Ali berkata: “Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan.”

Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar lagi
bagi membeli makanan.

Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata: “Siapa yang mahu
memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan selalu menepati
janji?”

Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham
kepada lelaki itu. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang
melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis.

Ali pun bertanya: “Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?”

“Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa,” kata Fatimah.

Ali menjawab: “Aku meminjamkan wang itu kepada Allah.”

Mendengar jawapan itu, Fatimah berkata: “Sekiranya begitu, saya menyokong
tindakanmu.”

Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi Muhammad
s.a.w. Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta
menghampirinya, dan berkata: “Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini.”

Ali berkata: “Saya tidak mempunyai wang.”

“Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa,” kata Badwi itu.

“Berapa harganya?” tanya Ali, menunjukkan minat.

“Tidak mahal, 100 dirham sahaja,” jawab Badwi itu.

“Baiklah, saya beli,” kata Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya
menuntun unta.

Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan
bertanya: “Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?”

“Ya,” jawab Ali.

“Berapa?” Tanya Badwi itu.

“300 dirham,” jawab Ali.

“Baiklah saya beli,” kata Badwi itu dan terus memberikan wang RM300 dirham
kepada Ali.

Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada
Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: “Apa yang kamu bawa itu wahai
Abu Hassan?”

“Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 10 dirham, kemudian
saya menjualnya dengan harga RM300 dirham,” jawab Ali.

Seterusnya Ali pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w. di masjid. Melihat Ali
sampai di masjid, Nabi s.a.w. tersenyum dan berkata: “Wahai Abu Hassan,
adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?”

“Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah,” kata Ali.

“Hai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi
yang membeli unta daripada kamu tadi?”

Ali menggeleng: “Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu.”

Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan: “Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam
dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap
satu dirham mendapat ganti 50 dirham.

“Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang
kedua adalah malaikat Mikail.”

*Maksud al-Baqarah, ayat 261: “Bandingan orang-orang yang membelanjakan
hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh
menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus
biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya ….”*

*Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahawasanya ada seorang lelaki
yang menginfakkan seekor unta – yang hidungnya telah diberi tali – di jalan
Allah. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “Engkau pasti akan datang pada
hari kiamat kelak, dengan 700 unta yang telah ditalikan hidungnya.*

Monday, September 27, 2010

BAGAIMANA MENDAPAT AKHLAK TERPUJI??

Firman Allah SWT: "Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik." (Al Ankabut: 69)

Bila kita katakan tentang akhlak-akhlak yang baik dan terpuji di sini, ia adalah menurut pandangan syariat bukan menurut pandangan manusia, jauh sekali terpujinya menurut nilaian hawa nafsu. Ada pun himpunan akhlak-akhlak yang terpuji itu dapat dihasilkan melalui mujahadaturmafsi-warridhatunnafsi iaitu berlawan dengan hawa nafsu serta membuat latihan jiwa. Yang dimaksudkan dengan himpunan seluruh akhlak yang mulia itu ialah di antaranya sifat sabar, redha, syukur dan malu kepada Allah. Kemudian di antaranya lagi ialah sifat lemah lembut, berkasih sayang, tawadhuk, pemaaf, pemurah dan lain-lainnya. Semua ini akan lahir daripada jalan mujahadatunnafsi-warriadhatunnafsi itu.

Hanya melalui dua jalan itu sahajalah akhlak-akhlak serta budi pekerti yang mulia itu dapat kita miliki. Melalui jalan-jalan lain, seseorang itu tidak akan dapat memiliki sifat-sifat mahmudah yang dikehendaki oleh syariat yang mana adalah merupakan suatu perintah yang wajib bagi setiap diri kita. Hanya dua jalan itu sajalah yang telah ditunjukkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan jalan-jalan yang dua itu sajalah yang telah ditempuh oleh para Rasul dan para Nabi serta para solafussoleh. Lain dari jalan yang digariskan oleh syariat itu tidak pemah ditempuh oleh mereka. Jalan untuk mendapatkan akhlak yang baik yang tidak menurut syariat tetapi adalah jalan yang dihasilkan daripada pemikiran otak manusia, jalan itu adalah jalan sesat serta jalan bidaah. Itu adalah jalan-jalan yang tidak diredhai oleh Allah S.A.W. Di antara jalan-jalan itu adalah seperti yang pernah kita dengar iaitu Yoga, Mind Control, Meditasi dengan cara mengosongkan fikiran dan lain-lain jalan yang dicipta oleh orang- orang Barat. Jalan-jalan yang mereka cipta ini adalah hasil daripada jiwa mereka yang sudah kecewa kerana tidak percaya kepada Allah dan Rasul serta tidak mahu mempercayai garis-garis Al-Quran dan sunnah.

Akibat dari itu, lahirlah ciptaan-ciptaan yang konon-konon boleh mententeramkan jiwa dan menghasilkan akhlak yang mulia. Sedangkan yang sebenarnya, jalan-jalan itu adalah jalan sesat dan kita sebagai orang Islam tidak sepatutnya mengikut jalan-jalan yang mereka lakukan itu kerana kita ada jalan-jalan yang telah digariskan oleh Allah S.W.T. Jalan-jalan ini adalah jalan yang telah dilalui oleh Rasul-rasul dan Nabi-nabi serta para-para sahabat dan umumnya para solafussoleh zaman dahulu. Kerana yang demikian, kenalah kita juga menempuh jalan-jalan itu untuk mendapatkan akhlak yang baik dan budi pekerti yang mulia di sisi syariat. Kenalah kita membuat latihan-latihan jiwa serta latihan-latihan kerohanian melalui mujahadatunnafsi-warridhatunnafsi. Dengan kita menempoh jalan-jalan yan telah Allah gariskan itu, Allah akan membantu kita serta menolong kita mengikiskan sifat-sifat mazmumah yang ada pada diri kita. Kemudian Allah akan membantu kita dengan memasukkan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang terpuji di dalam hati kita. Ini memang ditegaskan oleh Allah sendiri di dalam Al-Quran dengan sepotong ayat yang bermaksud:

“Mereka yang berjuang sungguh- sungguh pada jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan pada mereka jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang berbuat baik.”

Jadi untuk mendapatkan bantuan-bantuan dari Allah dalam kita hendak melahirkan sifat-sifat yang terpuji dalam diri kita, maka kita perlu menempoh jalan-jalan yang telah digariskan oleh Allah S.W.T. Dan untuk menempuh jalan itu, pertamanya kita mesti ada ilmu yang boleh menyuluh perjalanan nafsu kita serta gerak hati kita. Dengan ilmu itu kita akan dapat mengetahui ke mana nafsu itu hendak meruntun kita atau ke mana ia hendak menghalakan kita. Dengan ilmu itu juga kita akan dapat mengesan perjalanan syaitan yang mana ia adalah sentiasa meniti di atas kehendak nafsu. Adalah dikatakan yang kehendak nafsu dan kehendak syaitan itu adalah selari. Ilmu yang khusus untuk ini ialah ilmu tasawuf. Dulu telah pun kita katakan betapa dengan ilmu tasawuf ini, kita dapat menyuluh kehendak nafsu kita samada kehendaknya itu sesuai deng an syariat atau tidak. Sekiranya ia sesuai dengan syariat, maka kehendak itu hendaklah diteruskan dan didorong. Umpamanya, kehendak nafsu kita mengajak kita bersembahyang, maka hendaklah kita teruskan. Begitu juga, kalau kita dapati kehendak nafsu kita mengajak kita pergi megnaji fardhu ain atau menziarahi orang mati atau orang sakit atau menzirahi ibu ayah, maka kehendaknya hendaklah kita teruskan. Ini adalah kerana kehendaknya itu adalah sesuai dengan syariat.

Seterusnya, kalau kita suluh-suluh dengan ilmu tasawuf itu, kita dapati yang kehendak nafsu kita itu bercanggah dengan syariat serta tidak diredhai oleh Allah dan Rasul, maka kehendaknya itu hendaklah kita tentang dan kita kekang. Umpamanya kita mendapati yang kehendak nafsu kita mengajak kita ke disko-disko, ke panggung-panggung wayang, ke peleseran, ke meja- meja judi dan sebagainya, maka kehendaknya itu hendaklah kita tentang dan kita kekang. Begitu juga, kalau kita dapati, nafsu kita meruntun kita supaya jangan berkorban sebaliknya mengajak kita menjadi kedekut, bakhil serta pemarah, pendendam dan sebagainya, maka kehendaknya itu mesti kita lawan.

Dalam proses kita berlawan dan menentang kehendak nafsu kerana kehendaknya itu bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah, maka kita akan merasakan satu derita di dalam hati kita. Itu hendaklah kita tahankan kerana jiwa yang menentang kehendak nafsu jahat akan menderita. Sebab itulah dikatakan berlawan dengan hawa nafsu atau mujahadatunnafsi. Hal ini akan berlaku lebih-lebih lagi di peringkat awal mujahadah kita kerana menentang kehendak-kehendak nafsu jahat yang di antaranya sudah menjadi ada kebiasaan kita, akan menyeksa jiwa kita. Terutama sekali bagi kitayang baru sedar tentang wajibnya bermujahadah melawan nafsu, bita kita tentang kehendak-kehendak nafsu yang sudah berakar umbi serta sudah menjadi tabiat dalam diri kita itu, akan terseksa dan menderitalah kita dibuatnya. Yang demikian itu, bukanlah suatu ikhtiar yang mudah bagi kita kerana kehendak nafsu yang jahat itu selama ini kita dorongkan tanpa kita pimpin dan kita didik. Bila ia sudah menebal di dalam jiwa kita, maka amat susahlah hendak kita kikis.

Tidak sepertimana dengan sifat-sifat jahat yang baharu-baharu nak menapak di dalam hati. Umpama setengah-setengah kejahatan itu baru hendak kita tinjau-tinjau saja. Belum lagi kita lakukan. Kalau kita kekang sifat demikian, tidaklah berat sangat penderitaan dijiwa kita. Malah ia lebih mudah kita kikis. Seperti halnya dengan jiwa pada anak-anak kita. Ia mudah kita bimbing dan kita runtun. Sebab itu, kalau kita ajar anak-anak menghafal ayat-ayat atau menghafal nasyid-nasyid seperti nasyid Asma’- ul-Husna, seketika saja, mereka sudah boleh menghafalnya. Anak-anak kecil kita itu, kalau kita ceritakan tentang kebaikan rasul-rasul serta nabi-nabi, mudah sekali mereka tertarik mendengarnya. Malah kebaikan-kebaikan itu mudah mereka lakukan, hatta kalau disuruh sembahyang tahajud pun, boleh mereka buat. Sebabnya ialah hati mereka masih bersih dan suci. Kejahatan yang dilakukan oleh anak-anak kita itu masih belum menjadi darah daging mereka.

Tidak sepertimana jiwa kita yang setiap kejahatan itu sudah menjadi kebiasaan serta tabi’at. Bila kita cuba menentang dan melawannya.ia akan menentang kita pula. Umpama, nafsu hendak tengok wayang, kita lawan. Jadilah macam orang tarik tali. Na’fsu kata buat, kita kata jangan. Tentulah terseksa jiwa kita. Itulah yang dikatakan mujahatun-nafsi. Selepas kita berlawan dengan hawa nafsu, kita perlu pula membuat latihan jiwa. Peringkat ini adalah amat berat sekali kerana hendak membuat latihan jiwa bukan macam membuat latihan fizikal. Umpamanya latihan taekwando. Boleh juga kita belajar. Atau boleh juga kita joging-joging dan lompat- lompat di padang. Tetapi hendak membuat latihan jiwa, tidak boleh dilakukan seperti itu.

Sajak - "Mujahadah"

Untuk membuat latihan jiwa, kita perlu mencari-cari fasal. Maksudnya begini; kalau sekiranya kita hendak melatih diri kita menjadi orang pemurah, kenalah kita mencari- cari di mana agak-agaknya ada orang yang memerlukan bantuan. Seolah-olah sengaja kita menyerahkan diri untuk memberikan bantuan kita. Ertinya, bukan kita menunggu orang meminta derma atau orang menghulurkan tabung. Atau bila orang buat pengumuman untuk meminta bantuan, barulah kita hulurkan derma kita. Yang demikian, tidak boleh mendidik kita menjadi pemurah kerana kita menunggu orang minta baharulah kita berikan. Tetapi dengan kita mencari-cari secara sengaja hendak menderma dan memberi bantuan, ini boleh melatih kita. Di samping kita boleh mendapat pahala, kita juga melatih jiwa menjadi orang pemurah kerana sengaja kita mendorong jiwa kita untuk berkorban tanpa menunggu-nunggu orang meminta.

Begitu juga kalau kita hendak mendidik jiwa kita menjadi orang tawadhuk. Sengaja kita cari-cari di mana ada orang-orang fakir miskin supaya dapat kita duduk dan bergaul bersama-sama mereka. Sengaja-sengaja kita mencari fasal supaya orang lain nanti akan mengatakan yang kita juga adalah golongan orang-orang fakir dan miskin. Dengan demikian akan tunduk sifat sombong dan membesar diri di dalam jiwa kita. Seterusnya sengaja kita beri salam dulu apabila saja kita berjumpa dengan orang tanpa menunggu orang lain memberi salam dulu kepada kita.

Seterusnya, katalah kita hendak melahirkan sifat berani. Sengaja-sengaja kita cari-cari untuk berjalan seorang diri di tengah- tengah malam di jalan yang lengang di tepi hutan. Atau sengaja-sengaja kita berjalan-jalan di tepi kubur waktu tengah malam. Kita latih hati kita supaya jangan cuba-cuba hendak takut pada hantu atau polong supaya hati kita supaya jangan cuba-cuba hendak takut pada hantu atau polong itu tidak nampak oleh kita, tetapi hati kita boleh merasa takut dan gerun dengannya. Begitu juga dengan Allah, kita tidak nampak juga. Tetapi mengapa hati kita tidak takut kepada Allah. Macam kita lebih takut pada hantu daripada kita takut pada Allah. Kerana itu kita cari-cari fasal supaya kita kikiskan takut kita kepada hantu dan lahirkan rasa takut kepada Allah saja. Nanti akan timbullah rasa berani kepada segala yang lain melainkan kepada Allah sahaja.

Begitulah seterusnya dengan sifat-sifat yang lain yang hendak kita lahirkan dalam diri kita seperti sifat pemaaf, sifat rendah diri, sifat lemah lembut dan tidak pemarah, sifat, zuhud dan lain-lainnya. Semua sifat-sifat itu mesti dilatih dalam diri kita. Bila kita sebut zuhud di sini bererti kita meriggunakan pendapatan kita mengikut kadar keperluan masing-masing. Setiap manusia keperluan asasnya adalah sama. Dia mahukan makanan, pakaian dan sebagainya. Tetapi pendapatan seseorang itu boleh berbeza-beza. Seseorang itu keperluan asasnya katalah RM300.00. Tetapi gajinya RM2,000.00. Kalau dia zuhud, bererti hanya RM300.00 itu saja untuk keperluannya, manakala RM1700.00 yang lainnya dikorbankan serta didermakan kepada masyarakat Islam. Sebaliknya, kalau satu orang tu memang pendapatanya RM300.00 dan keperluan dia serta keluarganya pula memang sebanyak itu, jadi kalau dia berbelanja sebanyak itu dia bukanlah dinamakan zuhud. Kerana, sudah memang dia ada sebanyak itu saja, macam- mana hendak dikatakan dia zuhud. Yang dikatakan zuhud ialah apabila seseorang itu boleh mengawal keperluannya secukup yang diperlukan saja. Yang selebihnya adalah untuk dikorbankan kepada masyarakat Islam. Sebab itu kalauhendak melatih zuhud ialah ketika kita berada, bukannya masa tidak ada.

Kalau satu-satu orang itu memang keadaannya tidak berada hingga terpaksa berbelanja kurang dari keperluan, itu bukan zuhud. Seandainya dia berada, belum tentu dia boleh berbelanja seperti itu. Kerana, kalau kita perhatikan dalam pengalaman hidup manusia ini, orang yang tidak berada itu lebih cinta kepada dunia daripada orang lain. Sebab itu kita perhatikan orang yang tidak berada, siang malam dia bertungkus lumus mengejar dunia. Setiap ketika dia bercakap fasal dunia saja. Hatinya tidak ingat lain melainkan ingat dunia sahaja. Tetapi malangnya, dia kejar dunia tetapi dunia terus lari darinya. Dia ingat dunia tetapi dunia tidak ingat kepadanya. Dia terlalu cinta kepada dunia tetapi dunia tidak cinta kepadanya. Macam orang bercinta dengan cinta tak berbalas. Akan menderita dan terseksalah jiwa orang yang bercinta tetapi cinta tidak berbalas. Sebab itulah, zuhud orang miskin bukanlah zuhud yang sebenamya. Tetapi kalau orang yang berada boleh berzuhud dalam hidupnya, maka itulah orang yang cukup hebat kerana dia banyak tetapi menggunakannya sekadar yang perlu saja. Kerana di dalam ajaran Islam, dapat banyak atau berusaha untuk dapat banyak adalah tidak salah tetapi penggunaannya adalah sekadar yang perlu. Selebih dari itu adalah dikorbankan untuk masyarakat Islam. Sebab itu jugalah dalam masyarakat Islam, seluruh masyarakatanya adalah senang-senang belaka tetapi individunya sederhana.

Demikian keadaan masyarakat Islam, kalau sistem ekonomi Islam itu dapat dilaksanakan. Masyarakatnya kaya raya tetapi individunya sederhana. Sebaliknya, apa yang kita perhatikan dalam sistem kapitalis yang berjalan di hari ini, individunya kaya-raya serta senang dan berada tetapi masyarakatnya miskin merempat. Akhirnya, individu yang kaya-raya itu pun tidak juga senang kerana sentiasa di buru ketakutan orang hendak rompak harta kekayaannya; dia bimbang takut dikidnap, diugut dan dibunuh. Tidak tenteram juga individu yang kaya dalam masyarakat kapitalis. Jadi senasib jugalah dengan orang yang miskin merempat.

Jadi, untuk melahirkan sifat zuhud di dalam diri kita, kenalah kita melatih menggunakan harta sekadar yang perlu. Walaupun kita dapat banyak tetapi kita gunakan mengikut keperluan saja. Yang lainnya kita korbankan untuk masyarakat Islam. Pada mulanya tentulah berat tetapi lama kelamaan akan menjadi mudah dan senang. Perlu juga kita ingat bahawa untuk melahirkan sifat zuhud ini adalah amat susah sekali. Sebab itu, zuhud dikatakan sebagai kepala ibadah. Kerana kalau seseorang itu boleh zuhud, cukup baginya membuat perkara-perkara yang fardhu saja. Pahalanya adalah lebih besar dari orang yang membuat perkara perkara sunat yang banyak tetapi hatinya gila dunia. Ini adalah kerana, ada keterangan syariat yang mengatakan:

“Mencintai dunia itu adalah ibu segala kejahatan.

Kerana itu, kalau kita dapat mengikis sifat cinta pada dunia, bererti kita telah menghapuskan ibu kejahatan. Ertinya, itulah ibu segala amal. Yang demikian, apalah ertinya amal-amal lain seperti sembahyang tahajud, puasa sunat dan sebagainya. Kerana semua itu adalah anak-anaknya sahaja. Sedangkan orang-orang yang dapat membuat perkara-perkara sunat yang banyak itu, tidak dapat mengikiskan sifat cinta pada dunia yang menjadi ibu kejahatan itu. Jadi, apalah maknanya membuat amal-amal yang lain sedangkan hatinya cinta kepada dunia.

Demikian beberapa contoh yang telah kita bentangkan tentang cara-cara bagaimana kita hendak melakukan latihan jiwa dengan cara mencari-cari fasal. Tentunya pada peringkat awal, sepertimana yang kita katakan di awal tadi, adalah suatu perkara yang amat berat. Namun, lama kelamaan apa yang kita buat itu menjadi mudah dan kita akan merasakan kelazatannya. Seperti lazat berbuat baik, lazat pemurah, lazat pemaaf, lazat berkorban, lazat tawadhuk, lazat zuhud dan sebagainya. Bila kita telah sampai ke peringkat lazat, maka itulah yang dikatakan orang yang telah memiliki akhlak yang terpuji.

Orang yang dikatakan telah memiliki akhlak yang mulia hingga dia terasa lazat berakhlak, itulah yang, dikatakan orang yang sebenamya berakhlak. Kerana kalau hanya seseorang itu boleh bertawadhuk, boleh merendah diri, boleh pemurah, boleh berkorban dan sebagainya tetapi dia berbuat itu kerana terpaksa, dan belum lagi merasa lazatnya, maka itu baru dikatakan peringkat mujahadah. Maknanya, orang yang berakhlak itu, sudah lepas dari peringkat mujahadah. Dia tidak berjuang lagi. Nafsu dan syaitan sudah dapat dikalahkannya. Seolah-olah dia sudah berehat daripada perjuangan kerana musuh tidak mengganggu dia lagi. Jadi, orang yang berakhlak itu sebenarnya adalah orang yang sudah lazat melakukan akhlak-akhlak yang terpuji itu hinggakan kalau dia tidak melakukannya, akan terseksa jiwanya.

Ini diakui sendiri oleh Sayidatina Aisyah r.a, katanya,

“Aku, walaupun dalam keadaan yang tidak ada makanan sekalipun, namun dengan separuh biji tamar pun cukuplah kalau dapat aku usaha untuk disedekahkan kepada orang lain.”

Jadi bagi Sayidatina Aisyah, dalam saat-saat tiada makanan sekalipun, kalau dia tidak bersedekah jiwanya akan terseksa. Sebab itu, walau dengan setengah biji tamar sekalipun, akan diusahakannya juga untuk disedekahkan kepada orang lain. Sebab itulah mujahadah ini amat perlu kita lakukan kerana walaupun belum sampai kepada peringkat lazat, kita tetap mendapat pahala darinya. Hinggakan kalau kita dapat bermujahadah sampai ketika kita nazak, itu pun adalah amat baik sekali. Walaupun kita tidak dapat merasa kelazatan akhlak sampai ke saat orang hendak melakukannya. Baru sehari dua hari berjuang melawan nafsu dan syaitart, sudah mengangkat tangan mengaku kalah. Akhirnya, kita menjadi mangsa nafsu dan syaitan. Yang demikianlah sebabnya, berjuang melawan nafsu dan syaitan ini amat berat sekali. Tetapi kalau berperang secara lahir antara manusia dengan manusia ramai orang yang berani. Kalau kita lihatkan komunis di dalam hutan sana, tidak berapa ramai sangat bilangan mereka, tetapi seluruh knegara susah dibuatnya. Kerana apa? Kerana mereka berani berhadapan dengan manusia. Sebab itu juga, banyak negara yang mereka dapat kuasai. Jelas menunjukkan yang manusia mudah melawan sesama manusia. Tetapi banyak orang kalah bila berhadapan dengan nafsu dan syaitan. Sebab itu kalau orang berani mati bunuh berbunuh, belum tentu dia dapat keredhaan Allah, sebab itu kalau orang berani mati bunuh berbunuh, belum tentu dia dapat keredhaan Allah, sebab itu adalah cara mudah.

Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. " Diriwayatkan oleh Abu Hurairah

Di dalam saru riwayat hadis, Rasulullah menggambarkan kepada kita betapa berjuang melawan nafsu itu adalah jihad yang palig besar. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah kepada para sahabat sebaik saja kembali dari peperangan Badar. Sedangkan sahabat-sahabat menjangka yang peperangan Badar itulah yang paling besar kerana menang kalahnya umat Islam akan menjadi ukuran tentang perkembangan Islam seterusnya. Kalau ditakdirkan umat lslam kalah didalam peperangan itu sampai habis semuanya terbunuh termasuk Rasulullah, maka bererti, akan berakhirlah Islam ini ketika itu.

Namun walau sehebat itu nilaian para sahabat terhadap peperangan Badar, sekembalinya mereka dari peperangan itu, Rasulullah berkata kepada mereka, maksudnya: “Kita ini baru balik dari satu medan pertempuran yang maha keciL Kita akan berhadapan dengan medan pertempuran yang maha besar.”

Mendengar kata-kata Rasulullah itu, para sahabat begitu terkejut kerana pada jangkaan mereka peperangan Badar itu adalah begitu besar sekali kerana ia merupakan penentuan apakah Islam ini mati di situ atau berkembang terus. Dan kerana ditakdirkan yang mereka menang, maka sahabat-sahabat merasakan tentulah ada lagi satu peperangan lahir yang lebih besar dari peperangan Badar itu, mungkin berhadapan dengan orang- orang kafir. Lantas sabahat-sahabat bertanya, “Peperangan apakah itu ya Rasulullah?” Rasulullah pun memberi jawapan, katanya dengan maksud: “Itulah peperangan melawan hawa nafsu.”

Seolah-olah Rasulullah berkata kepada para-para sahabat, selepas ini kita hendak berperang melawan hawa nafsu dan peperangan inilah banyak orang akan gagal. Jadi Rasulullah menunjukkan kepada kita betapa peperangan melawan nafsu itu adalah satu peperangan yang maha besar. Nyata benarnya kata-kata Rasulullah itu kerana apa yang kita saksikan dalam pengalaman hidup manusia, ramai manusia yang kalah bila berhadapan dengan nafsu. Hatta jeneral-jeneral perang yang gagah berani, berani mati dan berani berbunuh-bunuh serta lempar bom sana sini, namun bila berhadapan dengan nafsu, lagi besar darjat jeneralnya, lagi cepat dia kalah. Dan kerana susahnya berlawan melawan nafsu, maka itu hendaklah kita lakukannya sungguh-sungguh hingga setelah kita berjuang habis-habisan, maka akan lahir akhlak-akhlak yang terpuji dalam diri kita. Di sini barulah kita faham bahawa, rupa-rupanya berjuang melawan nafsu serta membuat latihan-latihan jiwa dan latihan kerohanian, matlamatnya adalah untuk mendapatkan akhlak yang terpuji hingga akhlak-akhlak itu menjadi pakaian kita serta menjadi amalan biasa kita tiap-tiap hari. Akhlak yang terpuji itu seolah-olah terjadi dengan sendirinya kerana pengamalannya mendatangkan kelazatan kepada diri kita. Umpamanya, lazat kita bersifat pemurah, pemaaf, rendah diri, tawadhuk, zuhud dan sebagainya. Lazat kita berkorban, berjuang dan berjihad. Malah, akhlak-akhlak itu tidak dapat kita lakukan, kita akan merasa jiwa kita seperti terseksa. Ertinya, orang yang benar-benar sudah memiliki akhlak yang terpuji, dia melakukan akhlak yang mulia itu bukan dipaksa-paksa. Dia pemurah, bukan kerana dia dipaksa pemurah. Begitu juga dia tawadhuk, bukan dipaksa bertawadhuk. Seterusnya, dia merendah diri dan berzuhud, bukan dia dipaksa merendah diri dan berzuhud. Dan begitulah dengan sifat-sifat terpuji yang lain. Dia melakukannya bukan kerana dipaksa-paksa.

Orang yang sudah memiliki akhlak yang terpuji itu, segala sifat-sifat yang terpuji itu sudah menjadi tabiat pada dirinya. Dia seronok dan terhibur dengan akhlak yang terpujinya itu. Orang yang berakhlak itulah yang dikatakan orang yang bertaqwa atau orang yang muttaqin. Dan orang yang sudah sampai kepada peringkat itu, hidupnya indah, akhlaknya cantik, orangnya tenang dan menawan hati. Bila kita tengok mukanya, dia menyenangkan hati kita. Itu sebablah menengok muka orang soleh itu, terhibur kita rasa hati kita. Kita rasa dapat berkat dari mereka. Manakala kalau kita mendengar kata-kata orang soleh, maka akan lebih terhiburlah hati kita kerana kata-katanya itu adalah pengubat hati dan jiwa. Sebab itulah, kalau di tengah-tengah masyarakat Islam atau di dalam jemaah Islam ada orang-orang seperti ini, akan selesailah masalah Islam ini. Tidak perlu sangat terpekik terlolong mendakwah masyarakat. Dan tidak perlu kita berjerih payah mengajak orang kafir masuk Islam. Dengan melihat saja keadaan masyarakat Islam yang cantik dan indah itu, dia sudah terpikat.

Jadi, kalau ada orang yang berakhlak baik seperti itu, ia adalah ibarat bunga. Ertinya orangitu sudah memiliki bunga pada dirinya. Sepertimana yang kita maklum, bunga adalah kesukaan semua orang. Hinggakan bunga tahi ayam yang baunya tidak harum itu pun suka orang memilikinya. Betapalah bunga-bunga yang lebih wangi dari itu. Ia menyebabkan orang terhibur dengannya.

Kata pepatah Arab:”Tidak ada satu anugerah Tuhan yang lebih mulia daripada akal dan adab.” Dan cerdik pandai Islam ada berkata: “Bukan yang dikatakan kecantikan dan keindahan itu pakaian yang menghiasi diri seseorang itu. Yang dianggap kecantikan dan keindahan itu ialah ilmu dan budi pekerti yang mulia yang dimiliki oleh seseorang itu.”

Demikianlah tingginya nilai akhlak serta budi pekerti pad diri seseorang. Tetapi sepertimana yang kita katakan di awal tadi, untuk melahirkannya adalah amat susah sekali kerana kita perlu berlawan dengan hawa nafsu serta membuat latihan-latihan jiwa. Kemudian apabila kita telah dapat melahirkan akhlak y ang baik di dalam diri kita itu, ia tidak akan menjadi tabiat atau menjadi kebiasaan kita kalau kita tidak usahakan selalu kerja-kerja kebaikan. Kenalah kita banyak membiasakan diri kepada kerja-kerja kebaikan walaupun dengan cara-cara paksa. Mungkin juga usaha ini adalah suatu perkara yang amat susah juga kerana selagi akhlak yang terpuji itu belum menjadi tabiat kita, setiap kebaikan yang hendak kita laku- kan masih lagi ditentang oleh hawa nafsu. Jadi, kita terpaksa juga berlawan dengan nafsu.

Manakala nafsu itu menolak, kita tetap melakukannya juga sehingga kebaikan itumenjadi kebiasaan pada diri kita. Dengan cara ini, lama kelamaan kita akan memiliki akhlak yang mulia itu secara tabiat. Yang demikian, melalui latihan-latihan jiwa serta membiasakan diri membuat kerja-kerja kebaikan, akhlak yang mulia itu akan menjadi darah daging kita dan ia akan meresap dalam diri kita. Kalau kita tidak membiasakan diri dengan membuat kerja-kerja kebaikan itu, maka akhlak yang mulia itu tidak akan menjadi darah daging kita, kecuali para-para Rasul. Mereka itu adalah untuk menjadi contoh kepada masyarakat. Kerana itu, sudah semula jadinya mereka memang memiliki akhlak yang baik. Memang awal-awal lagi Allah telah anugerahkan kepada mereka akhlak yang mulia. Dan yang mendidik akhlak mereka itu pula ada- lah Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W sendiri membuat pengakuan ini di dalam sabdanya, bermaksud:

“Allah-lah yang mendidik aku dan Dia mendidik aku dengan sebaik-baik didikan.”

Sebab itu Rasulullah S.A.W, pada awal-awal lagi dia sudah mempunyai akhlak yang mulia tanpa melakukan mujahadatunnafsi serta membiasakan sifat-sifat yang baik itu agar dia menjadikan kebaikan itu sebagai tabiatnya. Selain dari orang demikian, ada juga setengah-setengah orang yang mendapat didikan serta penjagaan yang baik dari ibu dan ayahnya.Makan minumnya mereka jaga dan mereka kawal. Yang demikian, kebaikan sudah dididik oleh ibu ayahnya sejak kecil lagi. Jadi, kalau pun dia perlu melakukan mujahadah, ia tidaklah seteruk mujahadah yang terpaksa kita lakukan kerana kita tidak dianugerahkan oleh Allah kebaikan dari lahir lagi.

Bagi kita yang makan minum tidak dijaga dan dikawal dari kecil lagi hinggakan makan minum kita tidak dapat dikesan samada yang halal atau haram atau pun yang syubhat, mujahadah adalah amat berat sekali. Sebabnya, makan minum yang berbagai itu telah menempa hati kita. Makan minum yang haram dan syubhat itu telah mengeras dan mengentalkan hati kita. Jadi apabila kita sedar lantaran kita cuba hendak mujahadah, hati yang sudah keras itu sukar sekali hendak kita lembutkan. Cuma kalau kita rajin mujahadah serta tekun melakukan riadhatunnafsi serta latihan-latihan jiwa, Insya Allah, kita akan mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah sepertimana yang kita terangkan pada awal tadi. Allah akan menolong kita dan membukakan jalan-Nya kepada kita.

Jadi, walaupun hati kita sudah keras dan walaupun hitam macamana sekalipun ia, namun kalau kita sungguh-sungguh serta kuat azam dan tekad, Allah tetap akan membantu dan memimpin kita. Mungkin memakan masa yang lama, baru kita berjaya memiliki akhlak yang mulia itu. Namun kita tidak boleh berputus asa kerana Allah sudah memberi jaminan yang Dia akan menolong dan membantu kita. Pokoknya, kita perlu berusaha. Tetapi kalau kita tidak mahu berusaha dan tidak mahu melakukan mujahadatunnafsi, maka akhlak yang mulia itu tidak akan meresap di dalam diri kita dan ia tidak akan menjadi darah daging kita. Hanya itu saja jalan yang ditunjuk oleh Allah kepada kita.

Kemudian usaha mujahadah itu, kita perkuatkan pula dengan meninggalkan sifat-sifat terkeji serta sifat-sifat mazmumah yang ada pada diri kita. Ertinya, disamping kita berikhtiar untuk membiasakandiri kita dengan kerja-kerja kebaikan, kita juga mesti membiasakan diri kita dengan meninggalkan perbuatan maksiat. Seterusnya usaha mujahadah dan latihan jiwa tadi, kita tambah pula dengan latihan-latihan membenci perkara-perkara maksiat. Kita latih jiwa kita supaya membenci akhlak yang keji. Pada peringkat awal mungkin kita meninggal maksiat atas dasar mujahadah iaitu atas dasar kita takut melakukan dosa pada Allah. Ketika itu hati kita belum lagi membenci maksiat itu tetapi kita cuma takut mendorongkan diri kita atas dasar perbuatan itu dilarang Allah. Tetapi setelah beberpa lama, akhirnya dengan kitamelakukan mujahadah meninggalkan perbuatan maksiat itu, akan timbul rasa benci kita kepadanya. Kita akan rasa meluat dengan maksiat. Jijiknya kita kepada maksiat mungkin macam jijiknya kita kepada tahi ayam. Ibarat kalau kita sedang makan orang sebut fasal tahi ayam, mungkin kita terhenti dari makan kerana terlalu jijiknya kita kepadanya.

Demikianlah halnya orang yang telah dapat membenci maksiat. Sebut saja dia merasa jijik macam jijik tahi ayam. Apabila sampai kita kepada peringkat membenci maksiat, maka ketika itu kita tidak perlu mujahadah lagi. Dan ketika itu perbuatan kita meninggalkan kerja-kerja maksiat itu telah menjadi darah daging serta tabiat kita pula. Akhirnya, dia juga mendapat satu kelazatan daripada meninggalkan kerja maksiat itu. Apabila perbuatan meninggalkan maksiat itu sudah menjadi kebiasaan pada diri kita, dengan sendirinya juga, membuat kerja-kerja kebaikan itu menjadi satu hiburan pada kita. Rasulullah sendiri pemah mensabdakan tentang hiburan yang diterimanya ketika bersembahyang. Ertinya, ketika bersembahyang Rasulullah rasa terhibur dengannya. Cuba kita tanya diri kita. Apakah kita terhibur dengan sembahyang?

Jawabnya tidak. Itu bermakna, kita baharu di peringkat mujahadah. Kita melakukan sembahyang itu adalah atas dasar ianya adalah perintah Allah yang mana kalau kita tidak lakukan akan berdosa. Kita bukan melakukannya atas dasar kita mendapat kelazatan dan hiburan darinya. Tetapi Rasulullah mendapat hiburan dan kelazatan daripada sembahyang. Cuma Rasulullah itu didatangkan bukan kerana untuk sembahyang saja, maka beliau terpaksa juga rehat dari sembahyangnya demi untuk memimpin masyarakat. Kalaulah tidak kerana tugas itu, mungkin Rasulullah akan bersembahyang sentiasa kerana beliau terhibur dengannya. Namun, walaupun kita belum boleh terhibur dari bersembahyang itu, terpaksa juga kita lakukan kerana itulah mujahadah kita. Disaat itulah yang paling penting kerana amal yang baik itu dinilai di saat akhir. Kalau di saat akhir itu kita sudahi dengan amal yang baik, akhlak yang baik dan sebagainya, maka kalau ada pun kekurangan-kekurangan di peringkat awal, Allah tidak begitu kira sangat. Sebaliknya, walau baik macamana sekalipun amal kita di peringkat awal, tetapi kalau disaat akhimya kita tersilap, maka akan jadi debu segala amal sebelumnya itu.

Menghadapi nafsu tidak sama dengan roh atau jiwa atau hati. Roh kenalah dihidupkan tapi nafsu hendaklah dilumpuhkan Supaya kehendaknya yang rakus itu tidak aktif hanya sekadaryang diperlukan. Nafsu tidak mungkin dimatikan kecuali kematian badan.Nafsu hanya sekadar dilumpuhkan agar kehendaknya yang gelojoh, tamak itu distabilkan Kehendaknya yang stabil itu ialah mengikut kehendak-kehendak Tuhan Seperti kehendaknya yang dihalalkan. Paling dibenarkan pun yang diharuskan. Menstabilkan nafsu itu ada hubungan dengan kebersihan roh insan. Roh yang bersih hanya mengingat Tuhan menakuti-Nya dan mencintai Tuhan. Rasa bertuhan, rasa kehambaan di dalam perasaan insan. Di dalam hal ini hendaklah diambil perhatian. Menstabilkan nafsu dengan mujahadah berterusan agar roh sentiasa bersih dan berperanan. Bersihnya itu agar berpanjangan supaya roh tidak dirosakkan oleh nafsu serakahnya Nafsu adalah highway syaitan. Tutuplah jalan syaitan itu dengan menstabilkan nafsu insan. Begitulah caranya mendidik nafsu mengikut ajaran Hadis dan Al-Quran.

Monday, September 6, 2010

SELAMAT HARI RAYA

bismillah dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan...syawal menjelang lagi...semoga semua amalan ramadhan kita kali ini mendapat rahmat dan redha Tuhan....

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Inter Learning Consultant ingin mengucapkan selamat menyambut bulan syawal dengan penuh kesyukuran..semoga semua dalam keadaan sihat dan sejahtera

"selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dari kami ILC.."

Sunday, August 1, 2010

Kem sentuhan Qalbu 2010 : selesai dengan jayanya


Dengan Nama Tuhan yang Maha Agung dan dengan segala kepujiannya....semoga Tuhan meredhai dan merahmati kita...
Alhamdulillah...tamat sudah kem sentuhan qalbu anjuran Irsyad Training & Motivation yang diadakan di Sekolah Islam al-irsyad Kuantan. Seramai 5 orang Fasilitator ILC telah bersama menjayakan program tersebut.
Kem tersebut dihadiri lebih 130 orang peserta yang semuanya terdiri daripada pelajar tahun 6 sekitar kuantan.Antara motivator yang sangat-sangat menjayakan program ini ialah ustzah rohani dari sekolah kebangsaan Sg Isap,dan Abg long dari iTm.
Selain itu juga,slot mercu kejayaan telah diketuai oleh para fasilitator ILC selama 1 jam setengah. Antara fasilitator ILC yang terlibat dalam bersama menjayakan program tersebut ialah Fc Ahmad rifai,Fc M.Syafie, Fc Hamimi,Fc Amani,dan Fc Shidi. Modul yang dibawa oleh para fasilitator ILC ketika slot mercu kejayaan ialah modul "mision Impossible". Antara objektif modul tersebut ialah ingin mengajak semua peserta supaya bangkit dan ketepikan semua halngan-halngan yang mengganggu peserta untuk smpai dan berjaya ke kemuncak.
Program tersebut di akhiri dengan slot "Hadiah untuk ibu bapa" oleh ustazah rohani yang menyaksikan semua peserta berpelukan dengan ibu dan bapa masing-masing dalam keadaan terharu.


salah satu tragedi dalam modul terowong kertas


Akhir kata dari ILC,terima kasih atas jemputan daripada iTm kerana menjemput pihak kami untuk bersama menjayakan program sentuhan qalbu ini.

Friday, July 30, 2010

SLOT BERSAMA ILC di SRI IRSYAD KUANTAN : SELESAI DENGAN JAYANYA

bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Tuhan yang Maha Agung..semoga semua dalam kasih syang Tuhan..(^_^)

Alhamdulillah...selesai akhirnya slot bersama ILC dalam program qiammullail TKRSM sekolah rendah islam al-irsyad untuk pelajar tahun 4 dan 5 dua jam tadi..(pkul 1015)..seramai 165 pelajar banin dan banat mengikuti program yang diwajibkan oleh pihak sekolah tersebut...

Seramai 3 orang fasilitator dari ILC mengendalikan slot bersama ILC tadi iaitu fasilitator Hamimi Safira,Fasilitator Muhammad Syafie,dan Fasilitator Rifai..Antara Modul yang dibawa ketika slot tadi ialah..Modul kasih sayang yang mana objektifnya ialah dapat merasai betapa pentingnya mempunyai kawan yang sejati dan menjadikan peserta sentiasa bersangka baik dengan kawan.

MOdul yang kedua pula ialah modul yang memfokuskan kepentingan mempunyai matlamat dan antara objektifnya ialah supaya peserta dapat merasai betapa pentingnya matlamat yang jelas agar tidakmudah terpengaruh dengan kawan2 yang tidak mempunyai target atau matlamat dalam hidup..

Slot tersebut berakhir tepat jam 1015 pm...semoga program yang dianjurkan oleh pihak sekolah mendapat berkat dan kasih sayang Tuhan..

ampun maaf dari admin...wallahu a'lam...

Sunday, July 11, 2010

MOTIVASI KERJA

‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

‘Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik’

Source: WanMWA

Monday, July 5, 2010

4 Potensi hebat manusia

*petikan dari en.johar..*


Kata orang bijak pandai "You are actually bigger, higher, and greater than what you think" anda sebenarnya lebih besar, lebih hebat, lebih luar biasa dari apa yang kita fikirkan. Manusia adalah makhluk ciptaan Allah (Tuhan) yang amat sempurna. Kita dibekalkan dengan potensi, keunggulan dan kelebihan sebagai sarana untuk pembangunan insan. Namun sayang seribu kali sayang, banyak kelebihan yang telah built-in oleh Allah menjadi sia-sia lantaran tidak digunakan sepenuhnya dan sudahnya -- seperti lampu aladin yang tidak pernah digosok -- menjadi karat dan tidak bermanfaat.

Olehnya itu mari kita keluarkan potensi yang ada pada diri kita. Persoalannya potensi apakah itu? Benarkah ia begitu luar biasa? Adakah kita benar-benar inginkannya? Sila teruskan bacaan ini ;-)

Terdapat 4 potensi utama manusia yang mesti dioptimakan, diserlahkan, dan digilap setiap hari agar kita menjadi insan yang terus tumbuh dan menyerlah ke arah kesempurnaan ke arah insan kamil :

1. Potensi Akal

Akal adalah sebuah software yang sangat luar biasa. Akal -- dalam hal ini otak atau pikiran kita -- adalah raksasa yang sedang tidur (a sleeping giant). Otak kita adalah komputer tercanggih yang ada di muka bumi. Didalamnya terdapat ribuan bahkan jutaan sel yang mampu menyerap banyak sekali informasi. Bahkan jika sel otak kita diibaratkan sebuah chip dan dibentangkan, maka panjangnya boleh sampai ke bulan! Sungguh luar biasa. Namun ironisnya, potensi tersebtut hanya sebagian kecil saja yang digunakan.

Para pakar neurologi dan neurosains mengatakan bahwa kebanyakan manusia hanya menggunakan kurang daripada 10 % potensi otaknya. Dengan kata lain, 90 % potensi otak kita tidak pernah digunakan dan akan dibawa ke liang lahad.

2. Potensi Kalbu (Hati)
Kalbu atau hati manusia sering diidentikan orang sebagai "Indra ke-6". Ia mampu memikirkan apa yang tidak dapat dipikirkan otak. Ia mampu melihat apa yang tidak dapat dilihat otak kita. Inilah yang dinamakan intuisi (mata batin). Ada kekuatan tersendiri yang maha hebat yang tersembunyi di dalamnya. Ia akan "keluar" jika kita selalu membersihkan dan menyucikannya setiap hari. Ia ibarat cermin yang dapat memantulkan cahaya dan ilmu - ilmu Allah yang tersembunyi. Maka tidak hairan, orang yang dekat dengan Allah adalah orang yang hatinya bersih dan suci. Mereka ini mampu "melihat" apa yang tidak dapat dilihat oleh kebanyakan manusia.

3. Potensi Roh
Banyak lagi yang berkaitan dengan roh belum diketahui oleh manusia hingga kini. Ia adalah rahasia Tuhan yang mana ilmu pengetahuan modern belum dapat mendefenisikannya secara pasti. Ia adalah "AKU" yang akan kembali kehadirat Allah. Ia adalah sesuatu yang suci yang dapat mengetahui apa yang tidak dapat diketahui hati. Ia yang telah ditiupkan dalam kalbu setiap insan sewaktu 4 bulan dalam kandungan rahim ibu.

4. Potensi Fizikal

Walaupun secara mata kasar, potensi fizikal manusia tidak sehebat makhluk yang lain seperti gajah, helang, ikan paus dan sebagainya namun, ia dapat dioptimalkan dan dipergunakan secara luar biasa melampaui logik manusia. Biasa kita melihat dan mendengar orang yang dapat berlari dalam jarak 100 m kurang dari 9 saat, orang yang boleh menarik kapalterbang hanya menggunakan giginya, atau orang yang boleh berjalan di atas bara api dan sebagainya.

Kesimpulannya, manusia merupakan sebuah mahakarya dan masterpiece Allah swt yang sangat luar biasa. Bahkan kita adalah refleksi dari makrokosmos alam semesta dan co-creator Allah di muka bumi. Sehingga kita sebenarnya berupaya merealisasikan apapun yang kita inginkan. "You can be anything you want" Syaratnya? Asah potensi diri hari demi hari karena pada dasarnya KITA ADALAH BERLIAN YANG BELUM DIASAH & DICANAI.

Friday, June 25, 2010

Seronok kerja dengan bermatlamat


"Bertemu kembali, Kami doakan semoga kita semuanya sihat dan sentiasa dalam Rahmat Allah. Dah berapa tahun kita bekerja sekarang nie ?. Adakah kita masih seronok dengan pekerjaan yang kita lakukan? sama seperti hari mula-mula kita melapur diri untuk bekerja. Adakah kita berp...uas hati dalam segala usaha yang kita laksanakan. Kalau diberi nilaian 1 - 10 ( 1 = paling tidak seronok, 10 = paling seronok) kita berada di skala no berapa eyek?. Kekadang 3, kekadang 9,,,kenapa tak selalunya 10 dan kekadang je 8?. Bila menulis sesuatu yang berkait dengan kepuasan kerja pastinya ia
terpulang pada objektif individu dalam bekerja. Ada orang puas hati bekerja
bila mendapat gaji yang tinggi, ada sebahagiannya pula rasa puas apabila
diberikan penghargaan dalam kerja yang dilaksanakan dan pelbagai lagi bentuk ganjaran
yang diterima. Di samping upah kerja yang menjadi hak kita bila bekerja, dalam
bekerja kita mendambakan pembaharuan dalam keria yang kita ceburi.
Pembaharuan gaya kerja akan memberikan semangat dan motivasi kerja yang kita
inginkan. Pembaharuan yang saya ingin sebutkan di sini melibatkan anjakan
paradigma keseluruhan. Anda mungkin pernah mendengar ‘rebranding’. Pembaharuan
adalah rebranding
yang akan menaiktaraf segala sudut bidang kerja anda. Inilah yang akan
memberikan kepuasan dalam bekerja. Kepuasan yang dijana dari dalam diri seseorang, yang insyaAllah kekal dan berpanjangan, bukannya bersifat luaran dan sementara. Cuba kita bayangkan jika seseorang bekerja di sesebuah organisasi selama 10 tahun, tetapi
potensinya hanya berkembang 20%. Kecekapan kerja, kemahiran, idea-idea baru
juga masih di takuk lama pastinya seseorang itu tidak akan teruja untuk ke pejabat
melakukan tugas-tugas yang mencabar mindanya. Segalanya aktiviti rutin yang menjemu dan membosankan. 10 tahun bekerja dengan pengalaman kerja selama 2 tahun sahaja. Maknanya, Walaupun lama bekerja tetapi setelah 2 tahun bekerja, itulah saja teknik atau cara yang diulang-ulang sehingga 10 tahun berkhidmat. Jadi binalah kerjaya yang mampu memberikan kepuasan
kepada anda pada tahap yang maksima. Bina matlamat kerja yang besar dan jelas. Jangan biarkan potensi
diri anda berkembang pada tahap yang rendah!. Oleh itu, jom kita sama-sama membina semangat dari dalam diri untuk selalu bersyukur dengan apa yang ada
kini, jangan selalu merungut dan mendesak yang akhirnya, segala pekerjaan tidak
lagi menjadi satu ibadah. Kalau mahukan kepuasan dan kemantapan kerja yang
hebat, kita yang seharusnya melakar dan membina perancangan hebat tersebut.

Jika ideanya datang dari kita, tentu sekali keseronokan kerja akan timbul
kerana kita mahukan kepuasan dan kejayaan hasil inovatif idea yang
disumbangkan.

Bentuk matlamat yang realistik. "Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung".
Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan kita untuk
memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk menambahkan
pendapatan anda 3-5 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik.
Tetapi, matlamat untuk menambahkan pendapatan anda sebanyak 20%-30% dalam masa
setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda
apabila ianya tidak tercapai.
Sekian, InsyaAllah semoga kita sentiasa Cemerlang.
F.A.S.T."

Tinta dari Mr Joe macho dari Impac learning....

Wednesday, June 2, 2010

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI!!

bismillah...salam alaik untuk sumer....semoga dalam kasih sayang Tuhan...

ah hah!..cuti sekolah datang lagi..kali ini lame jgak cuti sekolah..2 minggu...haa...ade tak mane2 syarikat konsultan,yang kekurangan fasilitator dalam nak mengendalikan program sempena cuti sekolah ini??ataupon,ada tak mane2 sekolah yang sedang mencari mane2 konsultan yang hrganya berpatutan dalam menjayakan prgram cuti sekolah kali ini??

kalau ada,hubungilah kami..kamilah jawapan anda!!kami merupakan fasilitator yang terlatih dalam membuat program,menyusun atur program dan menggunakan teknik kawaln peserta yang berkesan..*insyaAllah*

semua fasilitator kami memegang diploma dalam pelbagai bidang seperti diploma perakaunan,diploma dakwah dan pengurusan,diploma perniagaan,dan diploma teknologi rangkaian..

kami pernah bekerjasama dengan pelbagai syarikat konsultan antaranya ialah impact learning resourch sdn bhd dalam kem remaja bistari zon pantai timur bersama dengan 400 peserta,optima advance learning & skill development centre dalam program kem ibadah yang dihadiri oleh 100 peserta dan lain2..

kami juga sering dipanggil untuk mengadakan program motivasi di sekolah2 sekitar kuantan khususnya...antara sekolah yang pernah menjadi pelanggan kami dan amat berpuas hati dengan prestasi kami ialah sma almahmudi raub yang telah dihadiri oleh lebih dari 80 pelajar dalam program motivasi diri,Mahad bahsa dan al-quran di peramu,kuantan dalam majlis berbuka puasa bersama pelajar disana.

oleh itu..sempena cuti sekolah kali ini,kami Inter Learning Consultant dengan merendah diri akan menerima sebarang tawaran untuk menjayakan program cuti sekolah daripada indivdu,mahupun syarikat..(^_^)...hubungi kami melalui alamat email kami yang tertera didalam blog kami ini...semoga semua dalam kasih sayang Tuhan..(^_^)

Saturday, April 3, 2010

LOGO BARU ILC

bismillah..dengan nama Tuhan yang maha pemurah lagi maha kasih sayang..ILC kini sedang giat menyiapkan dan menyusun modul-modul baru yang diolah.

pada post kali ini admin ingin tunjuk logo2 ILC yang direka khusus untuk konsultant ini..logo ini direka oleh seorang designer yang berpengalaman merangkap ahli jawatankuasa ILC sendiri iaitu Hamimi Safira. dan kat cn jgak..admin ingin mengajak semua pembaca blog ini untuk mengundi yang mane logo paling best dan paling sesuai utk dijadikan logo ILC....(^_^)..untuk mengundi,haaa...taip ILC1 utk gmbr stu dan seterusnyer..he~..tulis kat tmpt chat tu yer...yang paling bnyk tu la yg pemenang...he3....



ILC 1
ILC 2
ILC 3

Thursday, March 18, 2010

TAHSIN SOLAT 16-18 MAC : SELESAI DENGAN JAYANYA

Alhamdulillah..segala puji bagi Tuhan sekalian Alam...dia yang menciptakan kita dari segumpal darah yang tidak mempunyai apa-apa daya dan kuasa.

Semoga dalam kasih sayang Tuhan...Alhamdulillah..program tahsin solat anjuran Inter Learning Cons. pada 16-18 Mac 2010 telah selesai tepat jam 12.00 tengah hari tadi. Seramai 30 peserta dari pelbagai peringkat umur telah mengambil bahagian di dalam program ini. Program ini di uruskan oleh 3 orang fasilitator daripada ILC dengan penuh jayanya. Pelbagai gelagat telah dirakam oleh lensa kamera ILC. Program ini sepenuhnya dijalankan dengan menggunakan kaedah Latihan Dalam Kumpulan supaya lebih mendekati para peserta secara langsung berlaku perhubungan 2 hala diantara fasilitator dengan peserta.

Acara kemuncaknya adalah pada hari rabu malam khamis iaitu sesi ceramah motivasi oleh Brother M.Syazwan Safain daripada Al-irsyad yang merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang motivasi. Banyak yang dikongsikan oleh brother Syazwan kepada peserta-peserta.

Akhir sekali diakhiri dengan sesi persembahan setiap kumpulan dan sesi fotografi...Rata-rata peserta sangat teruja dengan program tahsin solat ini kerana kebanyakan mereka jarang mengikuti mana-mana program lain...jom lihat beberapa gelagat peserta dan fasilitator...(^_^)
rapatkan saaaf........




sedang amali sembahyang...





ya haa~~~~



salah satu modul dalam sesi riadah petang





sesi riadah petang...ha..muke2 xcited..(^_^)





peserta khusyuk mendengar celoteh abang fasilitator



modul tahsin solat yang digunakan dalam progra
m

Tuesday, March 9, 2010

Kem Tahsin Solat,Qiamullail & Motivasi

salam alaik untuk semua..ILC akan mengadakan kem takhsin solat pada 16-18 mac 2010 bertempat di pusat pengajian azZakirin. Peserta yang berumur 9 hingga 13 tahun sahaja yang layak menyertai kem ini.Penyertaan adalah terhad sehingga 50 peserta sahaja. Peserta akan di dedahkan dengan group binding,Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang menyeronok kan,dan lain-lain..Yuran pendaftaran sebnyak RM35 termasuk makn,minum dan kit peserta. Marilah sertai peluang keemasan ini..semoga anda semua dalam kasih syg Tuhan..
berikut adalah tentatif ringkas program :

8.30 am(selasa)-pendaftaran
9.00 pm(rabu)-motivasi
12.00 tgh hari-bersurai


*makanan,penginapan yang selesa,kit peserta disediakan.
*sistem pembelajaran yang menarik menerusi group binding!!


bagi yang berminat,hubungi pihak konsultan kami di alamat learning_inter @yahoo.com

Friday, February 26, 2010

Mukadimah ILC

salam alaik...semoga mendapat maklumat dan info terkini dari blog ini