Profile Inter Learning Consultant

Inter Learning Consultant (ILC) merupakan sebuah konsultan yang berupaya dan mempunyai kebolehan dalam mengatur,membuat program motivasi dan menjadi motivator. Inter Learning Consultant dikendalikan oleh 10 orang jawatankuasa tertinggi dan mempunyai lebih daripada 20 orang fasilitator yang terlatih. 

Inter Learning Consultant hasil daripada   sebuah persatuan yang dikenali sebagai  Akademi Fasilitator Group yang berpusat di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) dibawah kelolaan Exco Latihan dan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej tersebut.

Pada tahun 2001, persatuan tersebut telah ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih dan menyerlahkan potensi diri mereka sebagai pemimpin dan orang yang berguna dikalangan para pelajar KIPSAS, disamping melatih para siswa dan siswi berhadapan dengan masyarakat.

Hingga kini,persatuan ini telah melahirkan banyak siswa dan siswi yang berjaya dan berkaliber di dalam pelajaran dan pengurusan kehidupan mereka. Oleh kerana Hasil yang memberangsangkan, maka pada tahun 2009 AFG telah dikembangkan daripada hanya sebuah kumpulan fasilitator dalaman kolej kepada sebuah persatuan yang menyediakan fasilitator yang terlatih yang berupaya menguruskan program-program motivasi,kem-kem ibadah,dan lain-lain,disamping mengurus dan mengendalikan majlis serta khidmat masyarakat.

Antara syarikat yang pernah mendapatkan khidmat fasilitator AFG di dalam program mereka ialah; Tenaga Nasional Berhad(TNB) ketika Program Kem Remaja Bistari, Sekolah Menengah Agama al-Mahmudi di dalam program kem bina insan, syarikat Impact Learning Resources Sdn Bhd, dan banyak lagi.

Di atas minat yang mendalam terhadap pengurusan program dan fasilitator maka terbentuklah Inter Learning Consultant sebagai satu kesinambungan daripada Akademi Fasilitator Group yang akan menggerakkan seluruh sistemnya untuk menjadi yang terbaik di dalam memberikan khidmat kepada masyarakat.