Monday, August 6, 2012

Jom Sayang Ramadhan 3 Meriah!!

  Bismillahi Allahu Akbar segala kebesaran dan kemulian adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah, ILC sekali lagi berjaya melaksanakan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dengan menganjurkan Program Jom Sayang Ramadhan Siri 3 bertempat di Kafa Al Mukmin Taman Impian Ku Pahang,
slot bersama ust S
 
  Program selama 2 hari satu malam yang bermula pada 4 ogos 2012 hingga 5 ogos 2012 itu telah berjaya menarik seramai 109 orang peserta dari qariah sekitar Kafa tersebut. Peserta yang terdiri daripada tahun 2 hingga ke tingkatan 2 rata-rata berpuas hati dengan modul-modul yang dilaksanakan didalam program tersebut. Antara kafa yang terlibat ialah Kafa Darul Quran Cenderawasih,Kafa Al Mukmin, dan Kafa Saidina Hamzah

  Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah qiammullail,iftar,dan sahur bersama-sama. selain dari itu riadah pada waktu petang juga menjadikan program ini semakin menarik.

pembahgian kumpulan

  3 orang fasilitator ILC telah terlibat didalam menjayakan program ini yang dibantu oleh 2 orang guru dari Kafa tersebut. Diharapkan program ini menjadi titik tolak para remaja dalam merindui bulan ramadhan.

riadah petang
  Semoga berjumpa lagi didalam siri yang ke 4 pada tahun yang akan datang....terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sponsor-sponsor program,para peserta dan pentadbiran Kafa Al Mukmin kerana sudi bekerjasama dalam menjayakan program Jom Sayang Ramadhan Siri 3 kali ini. Semoga jasa kalian dibalas Allah....(^_^)



Iftar

iftar
lagi gambar di FB page Inter Learning Consultant