Bismillahi Allahu Akbar dengan segala kepujian dan kasih sayang Allah,Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah,Darul Quran dibawah pentadbiran ILC sekali lagi telah berjaya melaksanakan program riadah EKSPIDISI ke SG LEMBING.
Seramai 25 orang pelajar dan 3 orang guru dari DQ telah menyertai program ini yang berlangsung pada 30 jun 2012 bersamaan dengan hari sabtu. Peserta bertolak dari DQ tepat jam 6.30 pagi dan sampai di Sg Lembing jam 7.20 pagi.
|
ustazah huda sedang mendaki bukit panorama |
Antara aktiviti yang dijalankan ialah mendaki bukit panorama yang menyaksikan seramai 24 orang pelajar dan 3 orang guru telah berjaya menawan puncak bukit panorama tepat jam 8.24 pagi,manakala seorang daripada pelajar terpaksa berhenti dari pendakian akibat kepenatan.
|
Bergambar dihadapan muzium Sg Lembing |
Seterusnya para pelajar dan guru dibawa melawat Muzium Sg lembing. Di sini pelajar didedahkan dengan sejarah kegemilangan Sg Lembing,barang-barang yang digunakan pada zaman pemerintahan british,barang2 perlombongan bijih timah,dan lain lain lagi.
|
Farisha irwahyu sedang dikelilingi oleh rusa-rusa yang jinak |
Destinasi yang terakhir dalam ekspidisi ke Sg Lembing kali ini ialah Taman Rusa. Bergerak ke Taman Rusa pada jam 2.45 petang dan sampai pada pukul 3.00 petang. Antara aktiviti di taman rusa ialah melihat rusa,dan memberi rusa makan. Para pelajar dan guru buat pertama kalinya berhadapan dengan sekawan rusa yang banyak,ada pelajar yang lari lintang pukang!.... destinasi yang terakhir ini sangat mengujakan semua.
|
Amir Iqbal,antara pelajar yang aktif |
|
Bergambar dihadapan Taman Rusa |
|
pemandangan dari atas bukit panorama |
|
bergambar di puncak panorama |
Lawatan berakhir tepat jam 4.20 petang dan sampai di DQ jam 5.10 petang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga dalam ekspidisi ini semuanya mendapat Tuhan. sekian.