Monday, April 18, 2016

BENGKEL JAWI SIRI 2 : tamat dengan jayanya

  Alhamdulillah..sekali lagi ILC telah berjaya mengadakan program bengkel asas ejaan jawi yang telah menarik lebih 70 peserta kanak-kanak dari usia 7 tahun hingga 11 tahun.

  Program yang berlangsung seawal jam 8.30 pagi itu dimulai dengan slot pendaftaran peserta,dan pemberian modul tulisan jawi yang disusun oleh Mualim Zamri yang merupakan antara penggubal ejaan jawi kaedah DBP.

  Antara pembelajaran dalam bengkel tersebut ialah teknik mengenal perkataan yang boleh diisi dengan huruf alif,ejaan dua suku kata dan vokal.

  Program yang berakhir pada jam 12.30 tengah hari itu,turut dibantu dengan dua orang fasilitator intern ILC iaitu fasilitator Nurul Hidayah dan Fasilitator Aina. Turut bersama dalam program tersebut ialah Senior Fasilitator dari Ibrah Training Motivation (ITM) brother Alif Hazlan.

  Terima kasih kepada Sekolah Islam Al- Irsyad yang sudi memberikan tempat dalam menjayakan program ini..Admin harap adik-adik dapat memanfaatkan ilmu yang disampaikan oleh muallim Zamri.

  Sekian daripada kami

Lawati facebook kami untuk gambar2 program di fb : Inter Learning Consultant

No comments:

Post a Comment