Wednesday, December 12, 2018

KEM AL FATEH 2018 : TAHNIAH 128 ORANG PESERTA!

Alhamdulillah admin mulakan pos ini dengan ucapan terima kasih wahai Tuhan kerana Mu lah segalanya berjalan lancar.

Alhamdulillah..seramai 128 orang peserta berumur dari 8 tahun hingga 17 tahun telah menyertai Kem Al Fateh yang buat pertama kalinya di anjurkan.

Kem anjuran ILC dengan kerjasama sahabat Akademi Ibrah ini telah dihadiri oleh peserta dari pelbagai daerah dan negeri diantaranya daerah raub,jerantut,pekan,dan negeri perak.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan antaranya slot kepimpinan bersama PU Angah,Slot Mengenali Sultan Al Fateh bersama Ustaz S,Eksplorace yang dikendali oleh Abng Long dri Akademi Ibrah,memanah dari Cikgu Din dan banyak lagi.

Program yang bertempat di Kempville beach resort kempadang itu telah dijalankan selama 4 hari 3 malam iaitu dari 7 Disember 2018 hingga 10 Disember 2018.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat!

Boleh terus ke page Inter Learning Consultant untuk gambar dan perjalanan aktiviti penuh😁

No comments:

Post a Comment