Sunday, December 23, 2018

KEM AL HIKMAH : kerjasama dengan PASTI AL HIKMAH

Alhamdulillah..selawat dan salam setinggi-tingginya buat kekasih,Rasulullah..dan para pemimpin hati...segala rahmat dan nikmat adalah kerana merekalah..

Sekali lagi ILC diberi ruang dalam bidang pendidikan kali ini untuk berkolaborasi dengan sebuah PASTI yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat di kuantan.

Pada 16 - 18 Disember 2018 baru-baru ini telah diadakan satu Kem Al Hikmah bertempat di PASTI AL HIKMAH,INDERASEMPURNA kuantan.

Kem yang diadakan selama 3 hari 2 malam itu,menekankan konsep akhlak,adab dan kepentingan hubungan dengan Allah melalui sembahyang.

ILC berasa kagum dengan semangat para ustazah PASTI yang bertungkus lumus dalam menyusun dan melaksanakan kem ini.

Antara Slot yang diisi oleh ILC ialah Slot Ice breaking,slot kepimpinan,slot hubungan hamba dengan Tuhan,slot sembahyang dan lain-lain lagi.

Diharapkan kerjasama ini dapat menjadi titik tolak dalam membangunkan sistem pendidikan berteraskan Allah dan Rasul di sekitar kuantan khususnya dan seluruh pahang amnya...

No comments:

Post a Comment